Sesi bual santai bersama pemimpin
Pada
20 Ogos 2019, satu Sesi Bual Santai Bersama Pemimpin telah
diadakan. Program motivasi ringkas khas buat murid-murid tahun 6 ini bertujuan
untuk memberikan sedikit suntikan semangat dan persediaan apik kepada semua
calon di ambang UPSR berkenaan. Butiran program tersebut adalah sebagaimana
berikut :
Ø TARIKH : 20 OGOS 2019
Ø HARI : SELASA
Ø MASA : 8.00-8.30 PAGI
Ø TEMPAT : DATARAN SK PULAU MERANTI
Ø PEMIMPIN JEMPUTAN KHAS : ENCIK MUHAMAD FAUZI BIN AHMAD (KETUA
KAMPUNG)
Ø TAJUK :
DISIPLIN
Ø ANJURAN :
SK PULAU MERANTI
Ø TENTATIF :
· 8.00 : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ummul Kitab
oleh Al-Fadhil Ustaz Helmi Bin Jumri
sebagai pembuka majlis
: Sesi Bual Santai bersama
Pemimpin Jemputan Khas –
Encik Muhamad Fauzi (Ketua Kampung)
: Ucapan penghargaan dan penutup oleh pengerusi.
·
8.3o :
Bersurai
Ø SEKILAS
DARI LENSA KAMERA…
Bicara mukaddimah dan tajuk disampaikan oleh pemimpin jemputan.
Kupasan isi dan penerangan berkaitan disiplin diberikan.
Bicara santai dan untaian nasihat dari hati ke hati komited dikongsikan.
Murid-murid tekun mendengar.
Kelihatan wajah-wajah fokus calon UPSR 2019 memberikan tumpuan yang optimum terhadap nasihat yang diberikan.
Sesi temu bual santai ini turut disertai oleh
guru-guru tahun 6.
Soalan diajukan.
Respon diberikan dengan amat baik oleh para murid.
Murid yang terpilih menjawab soalan bual santai yang diberi.
Ø HARAPAN :
Tuntasnya, sekalung
tahniah dan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat bagi
menjayakan program ini khasnya buat penceramah jemputan, ahli jawatan kuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, para murid dan pengelola yang berganding
bahu menjayakan dan memberikan sokongan kepada program ini waima secara
langsung mahupun tidak. Pengisian yang diperoleh daripada Sesi Bual Santai
Bersama Pemimpin ini diharap dapat membantu murid mengaplikasikan tips, nasihat
serta motivasi yang dikupaskan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik
murid bagi tahun 2019 ini sekaligus membuahkan hasil yang baik dengan izin-Nya
kelak.
Segala
kekurangan didadahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan
pemahaman daripada semua pihak khususnya puan guru besar di atas cetusan idea
mewujudkan program ini, para guru dan ahli jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Pulau Meranti diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita dapat
meneruskan lagi perancangan sesi bermakna ini sebagaimana yang dijadualkan
dengan penyampaian-penyampaian yang pastinya menarik dan signifikan buat semua
murid yang bakal menghadapi UPSR.
No comments:
Post a Comment