Saturday, August 24, 2019

SOLAT HAJAT PERDANA SIRI 2 / 2019

SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YAASIN 
SIRI 2 / 2019

Banner Solat Hajat Perdana


Hari       :     Khamis
Tarikh    :     22 Ogos 2019
Masa     :     7:00 malam - 10:00 malam
Tempat  :     Masjid Meranti, Puchong


Objektif :


  1. Memberi kesedaran kepada murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.
  2. Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan para ibu bapa dalam kejayaan anak.
  3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan guru.
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana Siri 2 bagi sesi 2019 telah diadakan bagi murid-murid tahun 6 SK Pulau Meranti. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam / Bahasa Arab, Unit Kecemerlangan UPSR serta PIBG SK Pulau Meranti dengan kerjasama Masjid Meranti, Puchong.

Program bermula sekitar jam 7 malam dengan pendaftaran murid, para ibu bapa dan guru. Seterusnya berlangsung Solat Maghrib dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Imam 2 Masjid Meranti, Al-Fadhil Imam Idrus bin Sahlan. Sedikit tazkirah juga disampaikan oleh Ustaz Idrus. Majlis diteruskan dengan Solat Isya' dan Solat Hajat berjemaah yang diketuai oleh Imam 1 iaitu Al-Fadhil Ustaz Zuril. Seusai solat hajat, hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Program selesai kira-kira pada jam 10 malam.



Sesi pendaftaran untuk para ibu bapa, guru dan juga murid

Para jemaah bersama-sama membaca Surah Yaasin

Para ibu bapa, guru dan murid tekun mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Idrus


Para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Pulau Meranti, pengurusan Masjid Meranti dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usahasama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan membuahkan hasil yang baik serta menjadi saham akhirat untuk semua. In shaa Allah.

No comments: