Setiap murid perlu dibantu dari segi emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri
menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia berupaya
mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan
bersosial dengan rakan mereka.
Unit
Bimbingan & Kaunseling mengambil peluang ini dalam membantu murid-murid
dengan menjalankan Program Orientasi Pemugaran di bawah Program Minda Sihat, selepas
pandemik Covid-19. Program ini sejajar dengan kehendak garis panduan
pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
Program ini adalah
untuk memastikan:
* Membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan lancar.
* Psikologikal , Psikososial dan Kesihatan Mental murid, guru dan warga sekolah diberi perhatian semasa berada di sekolah.
* Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.
Definisi
konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu:
Orientasi merupakan kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat
menyesuaikan diri dengan
sesuatu keadaan baru .
Pemugaran emosi merupakan konsep yang
menunjukkan pendekatan yang bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui
semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat
pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang
berlangsung di bilik darjah atau di luar bilik
darjah.
Kebiasaan baharu merupakan tindakan
atau tingkah laku yang baharu
atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan
standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit
berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan
baharu.
No comments:
Post a Comment