Bengkel gerak kerja pembukaan sekolah dalam norma baharu 2021 telah dirancang dan sedang dilaksanakan.Pada 22 Februari 2021 hingga 25 Februari 2021 bengkel ini akan dilaksanakan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.
Guru-guru telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan tugasan yang ditetapkan.Kumpulan 1 bertugas pada hari isnin 22 Februari 2021, kumpulan 2 pada hari ini iaitu 23 Februari 2021 dan kumpulan 3 akan bertugas pada 24 Februari 2021 manakala 25 Februari 2021 pula ketiga-tiga kumpulan ini memastikan setiap tugasan yang diberikan telah dilaksanakan dengan sempurna dan memastikan pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 nanti mengikuti segala peraturan dan SOP yang ditentukan.
Pn. Siti Habsah, Guru besar dan Pn. Azlimariah Guru Penolong Kanan HEM memberikan penjelasan mengenai SOP terkini. Setelah mendengarkan penjelasan tersebut, guru-guru memulakan gerak kerja masing-masing mengikut senarai tugasan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment