Tuesday, April 6, 2021

PROGRAM MAJU DIRI 2021 HARI PERTAMA

 6 April 2021, selasa - Unit bimbingan & Kaunseling telah melaksanakan Program Maju diri 2021. Hari ini merupakan hari pertama perlaksanaan Program Maju Diri. Program ini akan dilaksanakan selama 3 hari iaitu dari 6 April 2021 hingga 8 April 2021. 

Program PMD adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Ia merupakan program orientasi dan suai kenal antara murid dengan murid dan murid dengan guru bertujuan menyediakan suasana belajar yang kondusif dan bersedia untuk belajar.

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.

Setelah tamat aktiviti PMD ini, diharap murid dapat :

  •     Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
  •     Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
  •     Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri














No comments: