Monday, April 25, 2022

PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR (HaNIS) "BULAN GALAKAN MEMBACA" DAN PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2022

 Pada 25 April 2022, Isnin - Unit Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris telah melaksanakan Program Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Bulan Galakan Membaca dan Minggu Pusat Sumber Sekolah tahun 2022.

Kedua -dua program ini dirasmikan oleh Pn. Siti Habsah Bt Ahmad Guru Besar SKPM bersama En. Mohd Azmin B. Atan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Majlis pelancaran Hari Nilam dan Minggu Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Nilam Bermaksud " Nadi Ilmu Amalan Membaca". Objektif program ini ialah menarik penyertaan murid dalam program pembacaan bagi menyuburkan minat membaca.
















No comments: