Monday, October 3, 2022

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 26 (SESI PAGI )

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU 26 2022/2023

  • TARIKH: 3 OKTOBER 2022
  • MINGGU: 26
  • KUMPULAN: KUMPULAN 2 SESI PAGI

Guru Bertugas

  1. En. Mohd Helmi bin Jumri (Ketua)
  2. Pn.Siti Nurain binti Jalaluddin
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin 
  5. En. Nordin bin Mat Hussin
  6. En. Mohd Helmi bin Jumri


AKTIVITI

1. Pengerusi Majlis: En. Mohd Helmi bin Jumri

2. Nyanyian 3 buah lagu

  • Lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Selangor
  • Lagu Sekolah

(Dipimpin oleh En. Mohd Faiz dan pengawas bertugas)



3. Bacaan Doa: Mohamad Aiman bin Abdullah (6 Jupiter)


4.  Ikrar Rukun Negara: En. Mohd Helmi bin Jumri


5.  Ikrar Murid: Puteri Lydia Natasha binti Ideris (6 Jupiter)

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas

  • Disampaikan oleh Ustaz Tuan Asri
  • Murid diminta untuk memaklumkan kepada ibu bapa supaya tidak u-turn d hadapan sekolah selepas menghantar anak ke sekolah. Laluan menghantar anak adalah sehala pada waktu puncak.
  • Murid tahun 5 akan rehat di kantin, manakala murid tahun 6 akan rehat di dataran berbumbung.
  • Murid dilarang meninggalkan sisa makanan di kantin ataupun dataran berbumbung. Sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah.
  • Kehadiran ke sekolah adalah pada jam 7.20 pagi.

7. Ucapan Guru Disiplin
  • Disampaikan oleh Ustaz Tuan Asri
  • Beliau mengingatkan supaya murid lelaki yang memakai baju sukan untuk memasukkan baju ke dalam seluar.
  • Stoking wajib dipakai semasa di sekolah. Warna stoking perlu sama dengan warna kasut.
  • Murid tahun 3 akan rehat di kantin manakala tahun 4 akan rehat di dataran berbumbung.
  • Mulai esok (4/10/2022) murid digalakkan membawa botol air mineral kosong (500ml) untuk dikumpul.


8. Ucapan Guru Bertugas

  • Disampaikan oleh Ustaz Mohd Helmi
  • Tema: Patriotisme
  • Maksud: rasa cinta yang kuat kepada negara
  • Cinta kepada negara juga merujuk kepada cinta kepada bendera (Jalur Gemilang), bangsa dan agama.
  • Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur tinggal di Malaysia yang aman ini.


9. Penyampaian Sijil Penghargaan Pentauliah Pangkat TKRS

  • Disampaikan oleh Pn, Raihan binti Md Faissal (PK Kokurikulum)
  • TAHNIAH diucapkan kepada 
  • i) Lans Koperal Muhammad Naqib bin Yusri
  • ii) Koperal Amirul Hakimi bin Abu Saffuan
  • iii) Koperal Muhammad Jamil Haziq bin Hapizul Anuar

10. Penyampaian Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kelas

  • Disampaikan oleh Pn. Azlimariah binti Ariffin (PK HEM)
  • Pemenang mingguan: Kelas 4 Saga
  • Pemenang Bulan September : Kelas 4 Saga
  • TAHNIAH diucapan kepada pemenang

11. Disiplin Murid: Baik dan terkawal

Kehadiran murid pada waktu pagi


Waktu rehat

Waktu balik pada tengahari

Semasa perhimpunan pagi


No comments: