Pada 16 Januari 2024, Selasa - Unit Bimbingan & Kaunseling SKPM telah melaksanakan Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual di sekolah. Program ini dimulakan dengan taklimat anti buli dan seksual oleh GBK dan disambung dengan aktiviti mewarna serta menyanyi lagu anti buli dan anti seksual.
Program ini merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini juga merupakan kesinambungan dengan program pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah.
Tujuan perlaksanaan kempen ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang aspek peraturan, undang-undang serta hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan serta menyebarluaskan kesefahaman dan kesedar tentang gejalia salah laku buli dan seksual yang boleh membawa kepada kesalahan jenayah jika tidak dibendung lebih awal.
MAKLUMAT BERKAITAN PENYELARAN INTERVENSI SALAH LAKU BULI DAN SEKSUAL
1. Surat Perlaksanaan Aktiviti Kempen Hentikan Buli Dan Gangguan Seksual Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024. Sila klik, disini
2. Slaid Taklimat Intervensi Buli, Sila klik, disini
3. Slaid Taklimat Intervensi Salah Laku Seksual, Sila klik, di sini
4. Modul Intervensi Jenayah Seksual Terhadap Kanak- Kanak (ihsan), Sila klik, di sini
No comments:
Post a Comment