Friday, March 15, 2024

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU PERTAMA 2024/2025 SERTA LAPORAN PELANCARAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKPM 2024/2025

TARIKH         : 11 MAC - 15 MAC 2024

MINGGU       : 1

KUMPULAN : KUMPULAN 1 SESI PETANG

TEMA           : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


GURU BERRTUGAS:

  1. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF (KETUA)
  2. CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH
  3. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  4. PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI
  5. PN. Y. NURYATI BINTI ABU BAKAR




TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin, Selasa dan rabu manakala jam 5.50 petang bagi hari Khamis dan Jumaat.
  8. Waktu persekolahan pada Bulan Ramadhan pula bermula pukul 1.00 ptg dan berakhir pada 5.30 ptg.

PERHIMPUNAN RASMI DAN PELANCARAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKPM 2024/2025


ATURCARA MAJLIS

  • Pengacara Majlis : Encik Noramaluddin bin Md Yusoff
  • Perasmi: Pn. Hajah Norlita binti Ramli
  • VIP: En. Hazwan Azlee ( YDP PIBG), GPK Pentadbiran, GPK Kokurikulum, GPK Petang serta AJK PIBG
  • Bacaan Doa : Muhammad Hakim
  • Ikrar Rukun Negara : Ainul Mardhiyyah
  • Ikrar Murid : Syauqina
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Maskot Garfield : En. Farhan
  • Pembahagian token Minggu Pertama Program Transisi Tahun 1

Barisan Pentadbir SKPM

Murid menyanyikan 3 buah Lagu Rasmi

Barisan Guru SKPM

Muhammad Hakim membacakan doa

Maskot Garfield sebagai penyambut murid Tahun 1

Ainul Mardhiyyah mengetuai Ikrar Rukun Negara

Murid membaca ikrar

Syauqina mengetuai bacaan ikrar murid



Pn. Hajah Norlita merasmikan Program Transisi Tahun Satu 2024/2025



Pemakaian Button Badge simbolik Program Transisi Tahun 1 2024/2025

Sesi bergambar bersama Guru-Guru Sesi Petang SKPM


Set alat tulis sebagai token Minggu Pertama Program Transisi Tahun Satu.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Encik Noramaluddin bin Md Yusoff.
  • Tema pada minggu ini ialah "Selamat Kembali Ke Sekolah"
  • Beliau mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah terutamanya Tahun 1.
  • Beliau memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke 39.
  • Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada barisan guru yang bertugas.


LENSA KAMERA

























No comments: