Tuesday, October 15, 2024

PROGRAM IMFree 2024

PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesan negatif daripada merokok yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu murid-murid Tahap 2 dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan diri. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Para murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.


OBJEKTIF 

Mendedahkan kepada murid tentang bahaya rokok dan vape.

- Memberitahu kepada murid tentang perbezaan rokok dan vape.

- Menyedarkan kepada murid bahawa tiada beza bahaya rokok dan vape.


PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 15 Oktober 2024

Hari : Selasa

Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat :  Dewan Meranti, SK Pulau Meranti

Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun4, 5 dan 6)

Penceramah : Vanitha a/p Rangasamy (Pegawai PKD Sepang)


LENSA KAMERA 









Penyampaian sijil penghargaan.

Penyampaian cenderahati kepada puan penceramah.


ANJURAN : Unit PPDa dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Meranti

No comments: