Monday, March 10, 2025

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 4 SESI PAGI TAHUN 2025

TARIKH    : 10 - 14 MAC 2025

MINGGU   : KEEMPAT

TEMA         : DISIPLIN - PAKAIAN

TEMPAT     : DATARAN PERHIMPUNAN,SK PULAU MERANTI

MASA         : 7.30 - 8.00 PAGI

KUMPULAN GURU BERTUGAS    : 

            1. MOHAMAD RIZWAN BIN MAT RIFIN

            2. TUAN ASRI BIN TUAN DERAMAN

            3. DIANA BINTI MOHD YUSOFF

            4. NORHALIDA BINTI ISHAK

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM : UNIT PANDU PUTERI TUNAS


Barisan murid Pandu Puteri Tunas dan Pengakap Kanak-Kanak 
yang mengetuai perhimpunan mingguan.

Pengacara majlis    :    Zaidatul Adriana binti Zamri
Bacaan doa            :    Ariff Nadzmi bin Azrin
Bacaan ikrar murid    :    Qaseh rania Amani binti Nur Ridhuan
Flag raising team       :    Nur Damia Alisha binti Khazali, Hannah Thaqifah binti Mohd Tassahail, 
                                        Alyana Najwa binti Aminuddin, Yasmeen Qisya binti Mohd Arif



Pengacara Majlis dan bacaan Rukun Negara oleh Zaidatul Adriana binti Zamri


Bacaan doa oleh Ariff Nadzmi bin Azrin


Bacaan ikrar murid oleh Qaseh Rania Amani binti Nur Ridhuan


Cikgu Mohammad Rizwan; ketua guru bertugas minggu ini berpesan agar murid tidak bangun sahur terlalu awal supaya dapat bersiap sejurus selepas sahur untuk ke sekolah dengan pakaian lengkap sekolah yang bersih, kemas dan rapi.


Laporan guru bertugas yang lalu; Ustaz Mohammad Helmi menegaskan untuk semua murid menjaga kebersihan kan keselamatan di dalam kelas. Kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama.


Peringatan juga dari Ketua Guru Unit Disiplin; Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman bahawa kehadiran ke sekolah selewat-lewatnya pukul 7.20 pagi kerana perhimpunan harian akan diadakan sebelum bermula sesi pembelajaran. Murid- murid juga diingatkan untuk menbawa buku catatan kecil sewaktu perhimpunan untuk mencatat pesanan-pesanan yang disampaikan.



Akhir sekali, ucapan dan penerangan dari PK Kokurikulum; Encik Norazli bin Mohd Zahidin tentang pakaian seragam pasukan badan beruniform yang betul sama ada pakaian lengkap atau baju - T. Baju -T unit beruniform hendaklah dipakai dengan seluar sekolah (bukan seluar sukan). Murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada setiap hari Rabu atau hari Isnin minggu ketiga.

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi







No comments: