Tarikh: 4 Ogos - 8 Ogos 2025
Minggu: 24
Tempat: Bilik Darjah
Kumpulan: 5
Guru Bertugas:
1. Pn. Norizan
2. En. Kamarulizam
3. Pn. Haniza
4. Cik Salani
Pada minggu ini, sesi Mentor-Mentee telah dilaksanakan dengan tema “Kawan Baik Saya & Sayang Sekolah Saya”. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan santai di mana mentee berkongsi cerita dan pengalaman bersama kawan baik mereka. Seterusnya, murid menyatakan cara-cara mereka menunjukkan rasa sayang terhadap sekolah, seperti menjaga kebersihan kelas, mematuhi peraturan, dan menghormati warga sekolah.
Sepanjang sesi, murid memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan sikap positif. Aktiviti ini berjaya memupuk nilai persahabatan, hormat-menghormati, serta semangat cintakan sekolah dalam kalangan mentee.
No comments:
Post a Comment