Tuesday, September 30, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 31 (SESI PAGI)

  • Tarikh : 29 September -3 Oktober 2025

  • Minggu : 31
  • Tempat : Dataran Perhimpunan
  • Tema : Budaya Malaysia
  • Kumpulan: 6

 

Guru Bertugas

1. Khairun'Nisa binti Che Noh (Ketua)

2. Nurhafizah binti Udin

3. Norazmah binti Che Omar

4. Ridzuan Amir bin Muhamad





PERHIMPUNAN RASMI:


Aktiviti

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah, dikuti dengan bacaan doa seterusnya bacaan ikrar rukun negara & ikrar murid.

Pengacara Majlis/ Bacaan Ikrar Rukun Negara-Athirah Syahirah
Bacaan Doa- Zayyan Ziyad
Bacaan Ikrar Murid- Qaleesya


Ucapan guru bertugas minggu lepas.

Sir Gopi meminta murid-murid sentiasa menjaga kelakuan dan memberi salam atau ucapan apabila bertemu dengan guru.


Peluncuran Bulan STEM

Majlis perhimpunan diteruskan dengan Peluncuran Bulan STEM. Cikgu Idayu selaku pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan sempena Peluncuran Bulan STEM.

Objektif Bulan STEM
  • Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.
  • Mencetus budaya reka cipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi.
  • Meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
  • Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan PPPM.
  • Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan STEM sebagai elemen penting dalam kehidupan masyarakat.
  • Menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan dan teknologi.


Cikgu Hayati selaku Penyelaras Bulan STEM memaklumkan pelbagai aktiviti yang melibatkan Panitia Sains, Panitia RBT dan Panitia Matematik. Turut terlibat ialah Unit Pemulihan dan Pusat Sumber Ibnu Abbas.


Ucapan Guru Besar, En Khairil Anuar bin Othman dan seterusnya merasmikan Bulan STEM.

Sila tekan link untuk melihat Gimik Perasmian disempurnakan oleh para pentadbir dan semua guru subjek Sains, Matematik dan RBT.





LENSA KAMERA





Sila tekan link di bawah untuk melihat buku program










Monday, September 29, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 8/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Ziarah Cakna diteruskan lagi sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah. Kali ini, Ziarah Cakna ke rumah salah seorang murid Tahun 4 Nuri iaitu Muhammad Danial Affandi bin Muhammad Syahidi di Putrajaya. Lawatan ini merupakan susulan daripada Ziarah Cakna terdahulu uyang diadakan pada 28 Mac 2025. Boleh klik laporannya di sini. 

Pihak sekolah menziarahi murid di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan dan menyuntik semangat kepada keluarga agar terus tabah. Keluarga murid amat berterima kasih atas perhatian dan doa yang diberikan oleh warga SK Pulau Meranti. 

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:

1) En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar

2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan HEM

3) En. Noorhisham bin Mohd Noor, Guru Kelas 4 Nuri

4) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Program Ziarah Cakna ini berjaya memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan keluarga murid, selain menyerlahkan nilai empati serta keprihatinan dalam kalangan warga sekolah. 




Friday, September 26, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-30 SESI PETANG

Tarikh: 22 September - 26 September 2025

Minggu: 30

Kumpulan: 5



Guru Bertugas
 

1. En. Kamarulizam (Ketua)

2. Pn. Haniza

3. Pn. Norizan

4. Cik Salani


Perhimpunan mingguan pada minggu ini telah berlangsung dengan tema Fikiran Positif. Murid-murid diberi penekanan tentang kepentingan berfikiran positif dalam kehidupan seharian bagi membina keyakinan diri dan semangat belajar.

Dalam perhimpunan ini juga, dua program telah dilancarkan secara rasmi iaitu Program Guru Penyayang dan Kempen Sayangi Buku Teks. Program Guru Penyayang menekankan amalan mesra serta prihatin antara guru dan murid, di samping memberi motivasi kepada murid agar meningkatkan kehadiran ke sekolah. Sementara itu, Kempen Sayangi Buku Teks mengingatkan murid tentang kepentingan menjaga buku teks dengan baik supaya dapat digunakan dalam jangka masa panjang.


Pengerusi Majlis : En. Kamarulizam

 
Pelancaran Program : Puan Parimala Vengadaslam


Program Guru Penyayang dan Kempen Sayangi Buku Teks











Sunday, September 14, 2025

PROGRAM EKSPLORASI MINDA, EKSPEDISI JIWA TAHUN 6

Pada 11 September 2025 (Khamis) telah berlangsung Program Eksplorasi Minda, Ekspedisi Jiwa Tahun 6 bertempat di I-Score Park AADK Kota Warisan, Sepang. Program ini telah disertai oleh 113 orang murid tahun 6. Bertolak dari SK Pulau Meranti pada jam 7.30 pagi dan tiba semula di sekolah pada jam 6.30 petang.

Antara objektif program ini :

  • Mengukuhkan hubungan ukhuwah antara murid Tahun 6.
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan.
  • Membina keyakinan diri melalui aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan.
  • Memupuk semangat kesepaduan untuk mencapai matlamat bersama.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah mereka terokai antaranya ATV, menangkap belut, aktiviti berhalangan dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak I-Score Park AADK Sepang kerana memberi peluang dan pengalaman berharga kepada murid-murid tahun 6.

















Wednesday, September 10, 2025

Program Ziarah Cakna Siri7/2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Ziarah Cakna Siri 7 kembali diteruskan dengan penuh kasih dan keprihatinan. Kali ini, pihak sekolah berkesempatan menziarahi salah seorang murid 6 Delima iaitu Adam Daniel bin Zamri, di rumahnya yang terletak di Pulau Meranti. Lawatan ini merupakan lanjutan daripada ziarah sebelum ini yang telah diadakan pada 10 September 2025. Laporannya boleh dibaca melalui pautan di sini

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna

1) En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar

2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan HEM

4) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Kelas 6 Delima @ Guru Disiplin

5) Polis A

6) Polis B

7) Wakil penduduk kampung



LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PAGI)

 Nama Guru Bertugas:

En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin (Ketua)

En. Tuan Asri bin Tuan Deraman 

Pn. Diana binti Mohd Yusoff

Pn. Norhalida binti Ishak


Tema: Kesetiaan

Pengerusi Majlis Qisya Izzahra

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah

Bacaan doa dipimpin oleh Putera Ilham

Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Qisya Izzahra



Ikrar Murid dipimpin oleh Hannis Thahirah


Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Helmi:

Hari Bicara Akademik fasa 1/2025 minggu lepas, murid-murid diingatkan jangan bersikap sambil lewa setiap tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan sekolah itu adalah amanah sebagai seorang murid. Sentiasalah menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa. Setiap teguran dan pesanan oleh ibu bapa itu adalah untuk kebaikan masa depan.

Ucapan guru bertugas minggu ini Cikgu Mohammad Rizwan bertemakan "Kesetiaan".

Kesetiaan adalah tentang sifat dalam diri yang lahir dalam diri iaitu sifat kejujuran. Contoh kesetiaan sebagai seorang murid adalah siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, jangan bising dalam kelas dan jika jumpa guru bagi salam. Murid-murid diingatkan sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada guru-guru dan kawan-kawan



Ucapan pentadbir oleh GPK Pentadbiran, Pn. Rosmah binti Jamat

Murid-murid diingatkan sentiasa menjaga kebersihan sekolah terutama kebersihan tandas. Terdapat laporan tandas murid lelaki ada bekas makanan dan minuman telah dibuang ke dalam lubang tandas. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik. Murid-murid mesti sentiasa menjaga keceriaan tandas supaya tandas sekolah berfungsi dengan baik.

Hari Bicara Akademik minggu lepas, kawalan murid Tahun 5 sangat berdisiplin. Sikap dan adab ini harus dicontohi oleh murid kelas lain.


Perhimpunan tamat pukul 8.00 pagi dan murid masuk ke kelas untuk sesi PdPc. 





Tuesday, September 9, 2025

PROGRAM KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025

 Pada 9 September 2025, selasa - Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Hem melaksanakan Program Kempen Hentikan Buli Dan Gangguan Seksual bagi ses pagi dan sesi petang. ceramah disampaikan oleh Sub Inspektor Mohd Razuwan Bin Muharan dan Sarjan Rossidan Bin Talib serta Pn. Shurainee Hanim Bt Mohamad Nor .Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menekankan perlaksanaan program kesedaran buli dan seksualiti di seluruh negara. Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu melahirkan kendiri murid yang berkualiti. Kendiri murid sangatlah penting untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan murid dengan kempen hentikan buli dan gangguan gejala buli seksual. 

OBJEKTIF

  •        Memberi pendedahan dan kesedaran mengenai buli dan pendidikan seksualiti.
  •        Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah murid.
  •        Memberi kesedaran awal dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid

Buku Program : klik di sini - https://anyflip.com/rukoe/ebai/