Pada 11 September 2025 (Khamis) telah berlangsung Program Eksplorasi Minda, Ekspedisi Jiwa Tahun 6 bertempat di I-Score Park AADK Kota Warisan, Sepang. Program ini telah disertai oleh 113 orang murid tahun 6. Bertolak dari SK Pulau Meranti pada jam 7.30 pagi dan tiba semula di sekolah pada jam 6.30 petang.
Antara objektif program ini :
- Mengukuhkan hubungan ukhuwah antara murid Tahun 6.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan.
- Membina keyakinan diri melalui aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan.
- Memupuk semangat kesepaduan untuk mencapai matlamat bersama.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah mereka terokai antaranya ATV, menangkap belut, aktiviti berhalangan dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak I-Score Park AADK Sepang kerana memberi peluang dan pengalaman berharga kepada murid-murid tahun 6.
No comments:
Post a Comment