Nama Guru Bertugas:
En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin (Ketua)
En. Tuan Asri bin Tuan Deraman
Pn. Diana binti Mohd Yusoff
Pn. Norhalida binti Ishak
Tema: Kesetiaan
 |
Pengerusi Majlis Qisya Izzahra
|
 |
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah |
 |
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah |
 |
Bacaan doa dipimpin oleh Putera Ilham |
 |
Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Qisya Izzahra |
.jpeg) |
Ikrar Murid dipimpin oleh Hannis Thahirah |
 |
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Helmi:
Hari Bicara Akademik fasa 1/2025 minggu lepas, murid-murid diingatkan jangan bersikap sambil lewa setiap tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan sekolah itu adalah amanah sebagai seorang murid. Sentiasalah menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa. Setiap teguran dan pesanan oleh ibu bapa itu adalah untuk kebaikan masa depan. |
.jpeg) |
Ucapan guru bertugas minggu ini Cikgu Mohammad Rizwan bertemakan "Kesetiaan".
Kesetiaan adalah tentang sifat dalam diri yang lahir dalam diri iaitu sifat kejujuran. Contoh kesetiaan sebagai seorang murid adalah siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, jangan bising dalam kelas dan jika jumpa guru bagi salam. Murid-murid diingatkan sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada guru-guru dan kawan-kawan |

.jpeg)
.jpeg) |
Ucapan pentadbir oleh GPK Pentadbiran, Pn. Rosmah binti Jamat
Murid-murid diingatkan sentiasa menjaga kebersihan sekolah terutama kebersihan tandas. Terdapat laporan tandas murid lelaki ada bekas makanan dan minuman telah dibuang ke dalam lubang tandas. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik. Murid-murid mesti sentiasa menjaga keceriaan tandas supaya tandas sekolah berfungsi dengan baik.
Hari Bicara Akademik minggu lepas, kawalan murid Tahun 5 sangat berdisiplin. Sikap dan adab ini harus dicontohi oleh murid kelas lain.
Perhimpunan tamat pukul 8.00 pagi dan murid masuk ke kelas untuk sesi PdPc. |
No comments:
Post a Comment