Pada 4 September 2025 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali pertama bagi sesi 2025 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.
Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Objektif Hari Bicara Akademik;
- Penyerahan pelaporan PBD Fasa 1 kepada waris
- Membincangkan perkembangan pembelajaran anak-anak
- Peranan dan tindakan waris
- Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid
- Dapat suaikenal antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid.
HEBAHAN INFO HARI BICARA AKADEMIK
No comments:
Post a Comment