Tarikh: 22 Oktober 2026
Hari: Khamis
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan SK Pulau Meranti
Sasaran: Semua murid Tahun 6
Jumlah kehadiran: 99 orang
Nama penceramah: Encik Mohamad Samri bin Othman
Pergi ke taman memetik selasih,
Harum mewangi di tepi perigi;
Jaga maruah, pelihara kasih,
Jadi insan berakhlak tinggi.
Melangkah maju menuju dewasa,
Bekalkan diri ilmu dan pedoman;
Kenali emosi, bina jati bangsa,
Agar remaja penuh keyakinan.
Program Kesedaran Awal Remaja Tahun 2026 telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal kepada murid Tahun 6 tentang perubahan fizikal, emosi, sosial dan psikologi dalam menghadapi alam remaja.
Program ini turut menekankan aspek keselamatan dan maruah diri, pengurusan emosi, kesihatan mental, sahsiah serta kemahiran membuat keputusan yang bijak. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran, keyakinan diri dan kesediaan murid untuk melangkah ke alam remaja dengan lebih positif dan berintegriti.
Lensa Kamera:
![]() |
| Slot Pendaftaran |
![]() |
| Pengacara Majlis: Puan Norhalida binti Ishak |
![]() |
| Ice Breaking |
![]() |
| Ice Breaking |
![]() |
| Aktiviti: LDK (Cabaran) |
![]() |
| Ucapan Guru Besar |
![]() |
| Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, penceramah, guru-guru dan semua peserta |
Bunga melati indah berseri,
Mekar berkembang di taman bestari;
Alam remaja bakal ditempuhi,
Dengan ilmu, maruah dan jati diri.
Sekian, terima kasih.










No comments:
Post a Comment