Saturday, June 28, 2014

Rentetan Festival Kesenian Antarabangsa dan Jelajah Seni Turkey - London - Paris 2014

International Children Festival Kocaeli, Turkey dan Jelajah Budaya Antarabangsa 2014
Tarikh     : 18 April 2014 - 30 April 2014
Tempat   : Kocaeli, Turkey, London dan Paris
Peserta   : Muhammad Basrah Bin Muhd Hafiz 6 Gemilang

Peseta dari SK Pulau Meranti
Wakil Malaysia ke Turkey London dan Paris
Perarakan di Bandar Kocaeli, Turkey

Muhd Basrah bersama keluarga angkat 

Persembahan di Sekolah Swasta 
Bersama perserta dari luar negara
Persembahan di Koaceli Mall yang terbesar di bandar Kocaeli
Peersembahan kontijen Malaysia yang mendapat lputan meluas di dada akhbar
Muhd Basrah di hadapan Eyes On London
Cikgu Reza bergambar kenangan di Big Ben, London
Muhd Basrah bergambar di hadapan Eiffel Tower, Paris
Cikgu Reza dihadapan Eiffel Tower, Paris
Syukur alhamdulillah, Salah seorang wakil pelajar SK Pulau Meranti telah mewakili negara ke festival antarabangsa Turkey London dan Paris. Beliau telah dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang di dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum di peringkat sekolah. Ini merupakan penyertaan kali keempat kumpulan Galang Maya memenyertai festival antarabangsa. Berikut adalah sejarah penglibatan kumpulan Galang Maya

  • Izmit, Turkey 2008
  • Republik Of Tatarstan, Rusia, Abu Dhabi dan Dubai 2010
  • Poland dan German 2012
Laporan disediakan oleh : Reza Feelaqiz

Rentetan Kumpulan Tarian Galang Maya 1

Lantai Cilik 2014
Tarikh Final : 8 Mac 2014
Pencapaian  : 5 teratas
Anjuran       :  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM.
Peserta        :

  1. Muhd Basrah
  2. Aniq Najmi
  3. Mohd Syahmi
  4. Zamri 
  5. Masyitah
  6. Aina Arissha
  7. Sofia Lisa
  8. Aina Afnisa
  9. Puteri Azuzana 
  10. Ismahani                       


Mula menyertai peringkat saringan pada bulan disember 2013 di Shah Alam, Selangor dan pasukan tarian Galang Maya telah berjaya melepasi setiap peringkat bermula dari peringkat zon hinggalah peringkat kebangsaan. Pelbagai tarian telah dipertandingan mengikut tema antaranya ialah tarian Kuda kepang Futuristik, Tarian Cina kontemporari, Tarian Joget, Gamelan Kreasi, Rampaian Tarian rakyat dan sebagainya. Tarian-tarian ini boleh dilihat di dalam media sosial youtube dengan menaip Lantai Cilik Galang Maya.




Promo final Lantai Cilik 2014

Jurulatih Galang Maya

Tarian Rakyat

Tarian Kipas Cina Kontemporari

Siaran Langsung RTM

Sidang Akhbar bersama Dato' Norliza Rofli Ketua Pengarah JKKN 


Laporan disediakan oleh : Mohd Riza Feelaqiz B Shauri

Persembahan sempena Pertandingan Rekacipta Majalah Mega Kitar Semula Berita Harian - Yeo's

26 Jun 2014 - Kumpulan tarian Galang Maya SK Pulau Meranti telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan di majlis Rekacipta Kitar Semula anjuran Berita Harian dan syarikat minuman terkenal Malaysia iaitu Yeo's di Pusat Membeli Belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Ini bukanlah kali pertama Kumpulan Galang Maya diundang untuk membuat persembahan malah kepercayaan mereka terhadap kumpulan tarian ini menjadikan ianya jalinan kerjasama yang eksklusif antara pihak sekolah dan juga pihak penganjur.
Persembahan Galang Maya

Laporan Ditulis oleh : Reza Feelaqiz

Salam Ramadhan buat semua warga SKPM

Anggaplah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir......belum pasti kita akan jumpa lagi pada tahun hadapan...... penuhilah peluang yang ada ini dengan banyakkan beribadat...... insyaallah......



Disediakan oleh: umi sarah

Pelancaran Bulan Panitia Sains

Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Pulau Merant telah berjaya melancarkan Bulan Panitia Sains tahun 2014 pada Bulan Mei yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Siti Habsah dengan dibantu oleh En. Daud.


Murid -murid tahun 6 menjalankan eksperimen sains .
Disediakan oleh Hayati Kamis.
Ketua Panitia Sains.

Bacaan Yassin dan ceramah di ambang Ramadhan

Pulau Meranti 27 Jun 2014 - seperti biasa program bacaan yassin mingguan pagi jumaat diteruskan kemudian bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi satu ceramah ringkas di ambang Ramadhan telah disampaikan oleh cikgu Yusnizan bin Ahmad Marzuki.




Laporan disediakan oleh : NASIBAH BINTI SAIRI






Friday, June 27, 2014

PROGRAM REKACIPTA BARANG TERPAKAI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH DI DAERAH SEPANG 2014




Pada 25 Jun 2014 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menyertai Program Rekacipta Barang Terpakai Peringkat Sekolah-Sekolah di Daerah Sepang bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi.Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama dengan PPD Sepang. Sebanyak 22 buah sekolah rendah dan menengah telah menyertai program ini.Ucapan tahniah kepada wakil murid dan guru pengiring yang telah menggembleng tenaga dalam merekacipta bahan terpakai kerana telah meraih tempat KETIGA dalam program ini. SK Pulau Meranti telah merekacipta "Lampu Hiasan Dwi-Tenaga Dan Multi-Fungsi" dan lampu hiasan berasaskan botol mineral.
SK Pulau Meranti meraih tempat Ketiga dan hadiah beserta trofi telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Sayuthi BIn Bakar (Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang).
Bergambar kenangan bersama Pn Guru Besar, Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad dan GPK Ko-Kurikulum, Pn. Nora Bt. Yusof.
Rekacipta 1: Lampu Hiasan Dwi-Tenaga dan Multi-Fungsi
Rekacipta 2: Lampu Hiasan berasaskan Botol Mineral.

Murid-murid dan Guru Pengiring SK Pulau Meranti, Puchong.

Hadiah- Hadiah yang dimenangi oleh Sk Pulau Meranti, Syabas diucapkan..

Laporan disediakan oleh: Pn. Yusnur Aida Binti Yusof.