LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU
KE-27
23 SEPTEMBER – 27 SEPTEMBER 2024
Guru Bertugas :
👨 Cikgu Nordin
👩 Cikgu Juli
👩Cikgu Idayu
👩Cikgu Diana
Pengawas Bertugas : Azra Zahira
Nyanyian : Fifie Mellydia dan Nur
Dina Shafiyah
Bacaan Doa : Arief Hazimi
Ikrar Rukun Negara : Azra Zahira
Ikrar Murid : Amirah Rania
Murid-murid bersama melafazkan ikrar murid
LAPORAN GURU BERTUGAS
MINGGU LEPAS (SEBELUM CUTI SEKOLAH) :
Laporan : Sir Amir
1.
Hormati rakan-rakan
semasa menerima hadiah. Jangan jadikan budaya mengejek sebagai amalan.
2.
Terdapat segelintir
murid merancang bersama rakan-rakan untuk ponteng / tidak hadir ke sekolah. Murid
boleh dikenakan tindakan jika berlaku kejadian begitu.
UCAPAN GURU BERTUGAS
MINGGU INI :
Ucapan : Cikgu Nordin
Tema : Negaraku Tercinta
- Kita hendaklah
berbangga menjadi rakyat Malaysia.
- Adanya pelbagai kaum
di Malaysia, wujud juga perpaduan di kalangan kaum.
- Bertepatan dengan
peribahasa; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Murid-murid tekun mendengar ucapan dari guru bertugas, Cikgu Nordin
UCAPAN PENOLONG KANAN
HAL ELWAL MURID :
Ucapan : Ustaz Samsolri
1)
Memperkenalkan guru
prasekolah baharu, Cikgu Tanti Idayu.
2)
Mengingatkan semua
murid digalakkan memakai uniform sekolah setiap hari Isnin.
3)
Murid lelaki juga
hendaklah berambut pendek dan berpakaian kemas.
PENYAMPAIAN HADIAH CEMERLANG KEHADIRAN
PENYAMPAIAN HADIAH
KUIZ KEMERDEKAAN ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
TUGASAN SEPANJANG
MINGGU
1) Menyambut kedatangan murid dan memantau pergerakan
masuk murid ke Kawasan sekolah.
2) Memastikan keselamatan dan peraturan sekolah dipatuhi
oleh murid-murid sepanjang berada di Kawasan sekolah.
3) Memastikan murid berkumpul di tapak perhimpunan setiap
pagi dan di dataran berbumbung selepas rehat.
4) Memastikan murid bergerak pulang dalam keadaan selamat
dan terkawal.
Penutup
Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi