Monday, December 1, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 39

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 39

TARIKH: 24 NOVEMBER 2025

TEMPAT: DATARAN BERBUMBUNG 


GURU BERTUGAS 

1. EN. MOHD UZZAIR AMIN BIN SUHAIDAN 

2. PN. ALYAA BINTI RAMLI

3. EN. NOORHISHAM  BIN MOHD NOOR

4. PN. NORJAYA BINTI SUMALEH 

5. PN. MAHFUZAH BINTI ZAKUAN


PENGACARA MAJLIS : ADIK ZAIDATUL ADRIANA


Nyanyian Lagu

1. Lagu Negaraku

2. Lagu Negeri Selangor

3. Lagu Sekolah


Bacaan doa oleh adik Abdullah Lutfi


Bacaan Ikrar

1. Rukun negara

- Disampaikan oleh adik Zaidatul Adriana


2. Sekolah

- Disampaikan oleh adik Nur Hanina Maisarah binti Salamun Hedayat


Ucapan/ Laporan Guru Bertugas Minggu lepas

- Disampaikan oleh Puan Aznizah

- Teguran dan peringatan kepada semua murid agar sentiasa menggunakan tutur kata yang baik apabila bercakap dengan rakan. Murid diingatkan tidak mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan bila bercakap dengan rakan-rakan.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

 Disampaikan oleh Pn. Mahfuzah



- Memperkenalkan guru bertugas mingguan

- ulasan tentang Tema " Mematuhi peraturan jalanraya".

- Menerangkan tentang peraturan jalan raya dan cara beradab ketika menjadi pengguna jalan raya.


Penyampaian Sijil dan Penghargaan 

1. Penyampaian hadiah Origami dan sijil Explorasi Stem Prasekolah peringkat Negeri








2. Penyampaian hadiah kepada pembaca Nilam

- Disampaikan olehTuan Guru Besar En. Khairil Anuar bin Othman 





Friday, November 28, 2025

Masih Ada Yang Sayang @Program Amalan Guru Penyayang : Majlis Sambutan Hari Lahir & Jamuan Akhir Tahun 2025

Berlabuh kasih di tepian seri, 
Mekar senyum di wajah berseri;
Selamat ulang tahun wahai penyeri,
Moga ceria sepanjang hari.

Bunga mekar di hujung taman,
Harumnya lembut menyejuk hati;
Kenangan tercipta sepanjang zaman,
Jamuan akhir tahun pengikat memori. 

Masih Ada Yang Sayang @Program Amalan Guru Penyayang : Majlis Sambutan Hari Lahir & Jamuan Akhir Tahun 2025 yang berlangsung pada hari ini, 28 November 2025 (Jumaat) di SK Pulau Meranti telah diraikan dengan penuh meriah dan ceria. Majlis dijalankan mengikut sesi persekolahan masing-masing, iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Sambutan yang sederhana namun sarat dengan makna ini diadakan bagi meraikan hari lahir murid dari bulan Januari hingga Disember, di samping menghargai kegigihan, usaha dan keceriaan mereka sepanjang tahun. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Lagu Hari Lahir dan acara memotong kek yang amat dinanti-nantikan oleh murid. Kegembiraan jelas terpancar apabila setiap murid diraikan sebagai tanda penghargaan atas semangat mereka sepanjang 2025.

Di dalam kelas pula, murid menikmati jamuan bersama guru dalam suasana santai dan penuh kegembiraan. Inilah momen yang mengeratkan hubungan, membina kenangan dan menyemai nilai kasih sayang dalam komuniti sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada AJK PIBG, ibu bapa /penjaga dan warga guru atas kesudian menyumbang kek serta pelbagai juadah yang memeriahkan majlis. Terima kasih juga kepada pihak sekolah, khususnya Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Guru Penyayang, atas usaha menyediakan hadiah untuk semua murid dari Prasekolah hingga Tahun 6. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang membantu menyusun hadiah mengikut bilangan murid setiap kelas dengan penuh dedikasi.

Suasana ceria, wajah yang gembira dan gelak tawa murid menjadikan hari ini sebuah kenangan manis yang terpahat di hati. Semoga semangat “Ceria dan Bersyukur, Kenangan Indah di Hujung Tahun” terus mekar dalam diri setiap warga SKPM, menjadi penyuntik semangat baharu untuk tahun yang mendatang.

Lensa Kamera:Momen Indah Masih Ada Yang Sayang @Program Amalan Guru Penyayang : Majlis Sambutan Hari Lahir & Jamuan Akhir Tahun 2025









Burung berkicau di pagi hari,
mentari terbit menyinari taman;
Sambutan tamat, hati pun berseri,
Kenangan manis terpahat di sanubari. 

Sekian, terima kasih.

Thursday, November 27, 2025

PROGRAM INTERVENSI PSIKOMETRIK & MINDA SIHAT " MINDA CERDAS, EMOSI SEJAHTERA"

Pada 27 November Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Program 'Minda Cerdas, Emosi Terjaga' (Intervensi Psikometrik dan Minda Sihat) dengan jayanya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya :-

  • Senamrobik
  • Battle Dots 5
  • Jom Teka
  • Mandala Emosi 
  • Slot Motivasi 
  • Tanya Sama Hati 

Aktiviti - aktiviti ini berjaya menceriakan murid sambil mengasah kemahiran minda serta kesejahteraan emosi.

Terima kasih kepada semua guru, murid dan jawatankuasa yang telah menjayakan program ini.








Saturday, November 22, 2025

PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2026

Hari            : Sabtu
 Tarikh        : 22 November 2025 
Masa           : 7.30 pagi 
Tempat        : Dewan SK Pulau Meranti

 Program Hari Orientasi Prasekolah & Tahun 1 Sesi 2026 pada hari ini 22 November 2025 berjalan dengan lancar dan jayanya.

 Hari orientasi dilaksanakan untuk murid Prasekolah & murid tahun1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, PBD, Program Transisi dan lain-lain lagi.

 Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid Prasekolah & tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar. Serta memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah.

 Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.


Pendaftaran Prasekolah

Ucapan En. Khairil Anuar, Guru besar SKPM

Taklimat Prasekolah
Pn. Alia Ramli merupakan pengacara Majlis bagi program ini. Pn. Norjaya menyampaikan Taklimat Kurikulum dan Pn. Diana menyampaikan Taklimat Pengurusan



Pendafratan Orientasi Murid Tahun 1 & Kaunter Semak Fail Murid

IbuBapa berkumpul di Dewan SKPM untuk Taklimat Orientsi

Ucapan En. Khairil Anuar, Guru Besar SKPM

Taklimat Orientasi Tahun 1 Disampaikan Oleh Pn. Parimala, GPK Petang SKPM

Aktiviti untuk calon murid tahun 1



Monday, November 17, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS KUMPULAN 1, MINGGU KE 37( SESI PETANG)

 Tarikh: 17/11/2025 - 21/11/2025 

Masa: 1 pm - 1.30 pm 

Tempat: Dataran Berbumbung 


Guru Bertugas Sesi Petang

1. Pn. Nabilah

2. En. Aliff 

3. Pn. Niwa

4. Pn. Sugunah


Aktiviti

Pengerusi Majlis : PN. NABILAH

Nyanyian lagu : Negaraku , Negeri Selangor dan Sekolah

Bacaan Doa :  MUHAMMAD AZZIEZ BIN WALIDIN, 3 BESTARI

Ikrar Rukun Negara: MUHAMMAD LUQMAN IMRAN BIN SUHAIMI. 3 BESTARI

Ikrar Murid: ASHLEY LEAH ANAK RONNIE MICSON, 3 DINAMIK

Pada hari Isnin, 17 November 2025, perhimpunan mingguan telah diadakan di dataran berbumbung sekolah. Tema perhimpunan pada minggu ini ialah Cemerlang Dunia Akhirat. Guru bertugas telah memberi penerangan tentang maksud cemerlang di akhirat. Perhimpunan berjalan dengan lancar. 


Perhimpunan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah

   
Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang program " Lose Weight Challenge" Guru Dan Murid

  
Penyampaian Hadiah Bagi " Football Tournament"


  
Penyampaian Hadiah Bagi " Kangaroo Math"


  

  

 
Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Pertandingan Lipat Kertas Sempena Program hari Kanak-Kanak

 



Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-37 Tahun 2025 (Sesi Pagi)

Tarikh: 17 November 2025

Hari: Isnin

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Dewan Berbumbung

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan 1:

1) Puan Hayati binti Kamis

2) Puan Aznizah binti Muslim

3) Puan Siti Nurain binti Jalaluddin

4) Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin

5) Puan Juli binti Mahbah

Pengacara Majlis serta pemimpin bacaan Ikrar Rukun Negara dipimpin ialah Zaidatul Adriana binti Mohamad Zamrie, 6 Zamrud

Bacaan Doa dipimpin oleh Ahmad Adlan Azib bin Shah Adha, 6 Delima

Bacaan Ikrar Murid oleh Alya Marwa binti Khairulazham, 5 Gamma

Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Cikgu Ridzuan Amir bin Mohamad. Ucapan Guru Bertugas minggu ini oleh Cikgu Aznizah binti Muslim

Penyampaian Hadiah Pertandingan Meranti Lose Weight Challenge

Penyampaian Hadiah Kraftangan

Puan Rosmah binti Jamat, PK Pentadbiran menyampaikan ucapan