Monday, December 8, 2014

KEDAI BUKU SEKOLAH



Kedai buku sekolah akan dibuka mulai 17.12.2014. Para ibu bapa boleh mendapatkan buku dan alat tulis anak-anak untuk kegunaan tahun 2015 bermula dari tarikh dinyatakan.


Kedai buku akan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum ( Hari Krismas)


Wednesday, December 3, 2014

RENTETAN PERTANDINGAN PSKPP NEGERI SELANGOR 2014

Pertandingan Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) merupakan pertandingan yang setiap tahun diadakan bagi semua warga pendidikan yang aktif dan berbakat di dalam arena sukan dan juga di bidang kesenian. Oleh yang demikian, En Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri yang merupakan salah seorang warga pendidik SK Pulau Meranti telah menyertai pertandingan tarian Retro 70'an dan beliau telah menjadi johan di pertandingan tersebut bersama kumpulan KESUBA, maka secara tidak langsung melayakkan beliau bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 16 - 18 Disember ini di Kuala Lumpur. Bersama-sama kita doakan supaya kumpulan KESUBA yang akan mewakili negeri Selangor berjaya menjadi johan dan membuat hatrik pada tahun ini.
Wakil daerah Sepang yang akan mewakili negeri Selangor ke pertandingan tarian Retro peringkat Kebangsaan 2014

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KESUBA

FESTIVAL TARI KANAK KANAK 2014

Seramai 4 orang murid dari kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti  telah terlibat membuat persembahan bagi Festival Kanak- Kanak  yang telah diadakan pada 30 November 2014 lalu bertempat di SMK Seksyen 11. Program ini merupakan acara tahunan bagi Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Selangor kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Dato' Norliza Rosli, Ketua Pengarah JKKN Malaysia.

Murid - murid yang terlibat adalah
  1. Muhammad Basrah Bin Mohd Hafiz
  2. Aniq Najmi Bin Ronni
  3. Mashitah Binti Mohd Sedik 
  4. Aina Afnisa Bt Suhaimi
Secara keseluruhan program ini telah berjaya dilaksanakan dengan begitu baik dan cemerlang.  Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. 

Basrah dan Aniq
Mashitah dan Aina
Wakil kumpulan Galang Maya SK Pulau Meranti 

Wednesday, November 26, 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

26.11.2014 – Rabu

Keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 78 orang calon telah menduduki ujian tersebut.

Berikut adalah keputusan UPSR 2014 bagi SKPM:

BIL
PERKARA
2014
1
BILANGAN CALON
78
2
PERATUS LULUS SEMUA
65.38(51)
3
GRED PURATA SEKOLAH
2.37
4
BILANGAN 5A
2 (2.56%)
5
BILANGAN 4A 1B
9 (11.53%)

SENARAI NAMA MURID 5A
1.    NUR SUHANA SYAHIMA BINTI SAAD
2.    NURZAFIRAH BINTI FAIRUZ ZAMER

SENARAI NAMA MURID 4A 1B
1.    EDLYN ABNESHA A/P SANTHA KUMARAN
2.    INDAH HIDAYAH BINTI MOKHTAR
3.    MAISARAH ADILAH BINTI MAZLAN
4.    MUHAMMAD ALIFF DZAQWAN BIN HASNIRUDDIN
5.    MUHAMMAD NUR HAIKAL BIN SHAMSUDIN
6.    NUR ALISSA AISYAH BINTI AZLAN
7.    NUR ALYA BINTI OMAR ISKANDAR
8.    NURHANIS SYAFIQAH BINTI AHMAD MUZZAFFA
9.    NURUL SHAQEELAH BINTI SHAMSUL










Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya. Buat yang kurang berjaya diharap teruskan berusaha agar mencapai kecemerlang di masa hadapan. Selamat menempuh alam sekolah menengah buat semua.

Tuesday, November 25, 2014

TAKLIMAT PRASEKOLAH 2015

Tarikh: 8 November 2014 (Sabtu)
Tempat: Dewan SK. Pulau Meranti
Masa: 8.30 pagi-12 Tengah Hari





Pendaftaran Ibu Bapa Bermula pada pukul 8.00 pagi. Hujan yang turun tidak menghalang ibu bapa hadir mendengar Taklimat yang telah ditetapkan bermula pada pukul 8.30 Pagi. Kehadiran Ibu Bapa amat baik. Kedatangan 95%.

Pendaftaran Ibu Bapa Yang Hadir



Taklimat bermula pada pukul 8.30 pagi. Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan PK. Kurikulum En. Mohd Azmin B. Atan, PK. HEM Pn. Noraizah Bt. Dun, guru-guru prasekolah, PPM 
dan ibu bapa murid tahun 2015.



Ibu Bapa Yang Hadir

Ucapan oleh PK. Kurikulum En. Mohd Azmin B. Atan

Ucapan PK. Kurikulum (En. Mohd Azmin)
Taklimat ringkas tentang KSPK, peraturan prasekolah dan pelantikan AJK Permuafakatan Pewaris 2015.

Taklimat oleh Penyelaras Prasekolah ( Pn. Norjaya)


Aktiviti Suai Kenal murid-murid 2015 bersama rakan-rakan, guru prasekolah dan PPM.




PK. HEM (Pn. Noraizah) turut bersama dengan murid prasekolah 2015



Aksi Comel murid prasekolah 2015


Majlis berakhir dengan penyerahan Borang Maklumat Murid Prasekolah 2015 mengikut kelas yang telah ditetapkan.

Laporan Disediakan oleh: Norjaya Bt. Sumaleh
                                           Guru Prasekolah

Sunday, November 23, 2014

CERAMAH KEROHANIAN DAN MOTIVASI DIRI

Pada 19 November 2014, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama jawatankuasa guru-guru tahun enam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Ceramah Kerohanian dan Motivasi Diri. Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2.

Program yang berlangsung selama 3 jam telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Che' Lah, seorang penceramah dan ahli motivator. Pengisian yang telah disampaikan oleh penceramah amat menyentuh hati dan perasaan murid-murid.

Semoga program ceramah ini dapat memberikan kesedaran kerohanian dan motivasi diri untuk maju dimasa akan datang khususnya murid tahun enam dan umumnya kepada murid-murid tahun 4 dan 5.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program motivasi kerohanian ini. Semoga berjumpa ditahun hadapan. Insha Allah...

Ustaz Mohd Fadzil bin Che' Lah sedang memberikan ceramah kerohanian dan motivasi diri kepada murid-murid.
Pengisian yang dibawa berjaya menyentuh hati dan perasaan murid-murid.

Sebahagian murid-murid perempuan yang kelihatan menangis tatkala penceramah menyentuh mengenai
pengorbanan ibu dan ayah.

Rumusan akhir dan amanat yang disampaikan oleh penceramah.

Murid-murid sedang bermuhasabah dan berjanji dengan ikrar yang dilafazkan.

PROGRAM PRA PENGURUSAN JENAZAH PASCA UPSR

Program Pra Pengurusan Jenazah merupakan program Panitia Pendidikan Islam  yang dirancang bagi memenuhi aktiviti selepas peperiksaan UPSR. Pada tahun ini program ini mensasarkan kepada semua murid tahap 2.

Selama 4 jam murid-murid diberi penerangan, tunjuk cara dan amali bermula dengan tatacara memandikan jenazah,  tatacara mengkafankan seterusnya diajar tatacara sembahyang jenazah.

Program bermula dengan penerangan daripada ustaz Razis secara umum kemudian wakil daripada ajk masjid dan persatuan ibubapa & guru  sk pulau meranti Pn. Radhiah pula dijemput untuk menunjukkan cara-cara memandikan, menkafankan jenazah seterusnya sembahyang jenazah bagi jenazah perempuan.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada murid-murid dan diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ustaz Razis sedang memberikan penerangan mengenai pengurusan jenazah secara umum kepada murd-murid
Seorang murid lelaki dipilih untuk menjadi model jenazah bagi menunjukkan cara-cara memandikan jenazah.

Pn. Radhiah pula dijemput untuk menunjukkan cara-cara memandikan jenazah perempuan.

Tunjuk cara mengkafankan jenazah lelaki sedang dilakukan oleh Ustaz Razis sambil diperhatikan oleh murid-murid.

Pn. Radhiah pula menunjukkan cara-cara mengkafankan jenazah perempuan.

Model jenazah lelaki yang telah siap dikafan.

Ustaz Razis memberi penerangan cara untuk melakukan sembahyang jenazah.
Murid-murid mendengar kesimpulan dan rumusan diakhir program pengurusan jenazah.






Laporan disediakan oleh : Pn. Nasibah binti Sairi