Thursday, November 24, 2016

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2016

Pada 23 November 2016 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Sekolah. Majlis Anugerah Cemerlang ini adalah anjuran Unit Kokurikulum sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan Kokurikulum sepanjang tahun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepang iaitu Tuan IR Haji Amir Bin Aris. Aturcara perjalanan majlis adalah seperti berikut;

  • Ketibaan murid, ibu bapa/penjaga, tetamu VIP
  • Pendaftaran
  • Persembahan Murid Tahun 5-Dikir Barat
  • Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahap 1
  • Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahap 2
  • Penyampaian Anugerah Sijil & Penghargaan (Kehadiran Penuh & Anugerah Pemulihan Khas)
  • Pembuka Bicara Pengacara Majlis
  • Nyayian lagu Negaraku
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Alu-aluan Guru Besar -Puan Siti Habsah Binti Ahmad
  • Ucapan NYDP PIBG - Datuk Hasnan Bin Abdullah
  • Ucapan Perasmian oleh Wakil Senator - Tuan IR Haji Amir Bin Aris
  • Persembahan Pembukaan Galang Maya
  • Perarakan Masuk Tokoh
  • Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Sinar
  • Persembahan Finale Galang Maya
  • Sesi Bergambar
  • Bersurai
Alhamdulillah, syukur majlis berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Pulau Meranti kerana telah bertungkus lumus sehingga berjaya menganjurkan majlis kita pada hari ini. Segala jasa baik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Pendaftaran ibu bapa dan murid.

Pendaftaran ibu bapa dan murid.

Ketibaan ibu bapa/ penjaga.

Peserta menunggu giliran menerima hadiah.

Ketibaan wakil Senator, Tuan IR Haji Amir Bin Aris.

Wakil daripada Pihak PPD Sepang.

Gimik perasmian Majlis Anugerah Cemerlang.

Persembahan pembukaan kumpulan Galang Maya.

Persembahan Finale Galang Maya.
Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 2.

Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1.

Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1.

Wardah Qistina Binti Ismail (Anugerah Sinar Nurani) 

Muhammad Irsyaduddin Bin Sahari (Anugerah Kuntum Harapan -Pemulihan Khas)

Nurfilzah Zaheedah Binti Ahmad Muzzaffa (Anugerah Sinar Bestari).

Penerima-penerima tokoh bergambar kenangan bersama tetamu VIP.

Bergambar kenangan bersama guru-guru Tahun 6.

Terima kasih semua....

JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6 DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2016

Pada 24 November 2016, Khamis - Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti mengadakan Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 dan Jamuan Akhir Tahun 2016.







Guru Besar SKPM, Pn. Siti Habsah memberikan cenderahati kepada calon UPSR yang mendapat Keputusan Cemerlang










Guru besar menberikan hamper buah kepada Cikgu Gopi sebagai penghargaan " Guru Berkerjasama"


Persembahan Guru

Guru menyampaikan sebuah sajak

Persembahan murid tahun 6 Wawasan


Murid tahun 6 diberikan Sijil dan "Mug" sebagai cenderahati


Jamuan Akhir Tahun 4 wawasan

Jamuan Akhit Tahun 5Gemilang

Jamuan Akhir Tahun 4 Gemiloang

Guru Sesi Petang Turut Hadir Bersama

Monday, November 21, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 43

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 43 - SESI PAGI

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 43 SESI PAGI

Tarikh      : 21 November 2016
Tempat    : Dataran Perhimpunan
Masa       : 7.30 - 8.00 pagi


Guru Bertugas :
1. En. Daud Aris
2. Pn.Norhanim Ismail
3. Pn. Siti Juitah ibrahim
4. Pn. Marlina bt Mat Zin


Pengerusi Majlis : Norhanim Ismail

Aktiviti  :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selngor dan Lagu Sekolah ( dipimpin oleh saudari Ulfah Umairah bt Azizi)
2. Bacaan doa ( diketuai oleh Hakimi Aiman )
3. Bacaan Ikrar Rukun negara
IKRAR RUKUN NEGARA OLEH PN NORHANIM
4. Bacaan Ikar Murid
BACAAN IKRAR MURID OLEH ADHAM AIMAN
5. Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Jaya ( diketuai oleh Siti Norazzura )

Laporan Bertugas Minggu Lepas: En Nordin b Mat Hussein

1.Kebersihan- murid diingatkan tentang budaya menjaga kebersihan kelas dan persekitaran
2. Kelas bising teruatama sewaktu ketiadaan guru
3.jangan bising dan menepati masa pada waktu perhimpunan mingguan dan perhimpunan pagi
MENYAMPAIKAN LAPORAN BERTUGAS MINGGU LEPAS


Ucapan guru bertugas:

1.Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2017.Sekolah akan mula bercuti pada 28 Nov 2016 sehigga 3 Januari 2017.
2.Murid diingatkan tetang program Hari Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada hari Rabu 23 November 2016. Murid yang tidak berkenaan direhatkan.
3.Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kelakuan dan peraturan terutama semasa sesuatu majlis sedang dijalankan. Murid tidak dibenarkan merayau-rayau dan berada dikantin selain daripada waktu rehat.

Ucapan Pentadbir ( Puan Siti Habsah bt Ahmad):

1. Murid tahun enam diingatkan supaya membuat perdaftaran ke tingkatan 1 sebelum tarikh tutup.
2.Murid tahun 1 2016 dimaklumkan bahawa sessi persekolahan mereka pada tahun 2017 adalah sessi petang.
3. Kedai buku sekolah akan beroperasi pada penghujung bulan Disember.Ini untuk membolehkan muri dan ibubapa membeli kelengkapan persekolahan seperti buku-buku,baju t shirt pendidikan jasmani dan sebagainya.
4.Murid yang akan mula bercuti pada minggu hadapan diingatkan supaya mengulangkaji pelajaran dan menjaga keselamatan diri semasa cuti.
MENYAMPAIKAN AMANAT DAN PESANAN SEBELUM CUTI SEKOLAH

Penyampaian Hadiah Nilam kepada murid yang menjadi pembaca terbanyak bagi setiap aliran:
PEMENANG CIL BAGI TAHUN 1
WAKIL PEMENANG TAHUN 4





PEMENANG TAHUN 5



MENGUMUMKAN......


PEMENANG KATEGORI KELAS
DIWAKILI GURU KELAS EN YUSNIZAN



PEMENANG TAHUN 6 ADIK HAIQAL