Pulau Meranti, 12 Mei 2014 - Muhammad Afiq Danish bin Hasniruddin dari kelas 2 Gemilang telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan Word Mania Grand Finals bagi kategori lower primary yang telah diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam pertandingan itu, Muhamad Afiq Danish berentap bersama-sama 4 orang lagi murid dari seluruh Malaysia bagi merebut gelaran Juara. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Afiq Danish kerana telah mengharumkan nama SK Pulau Meranti. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada murid-murid lain dan membuktikan bahawa SKPM juga boleh!
![]() |
Muhammad Afiq Danish diraikan semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi |
No comments:
Post a Comment