Pulau Meranti, 27 Mei 2014 - Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-3 telah dijalankan pada malam tadi bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat yang bermula jam 8 malam dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Mahzan bin Tamyis, Yang Dipertua PIBG tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit serta merancang solusi terhadap perkara-perkara baharu. Mesyuarat kali ini menyaksikan penglibatan kali pertama oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti selaku penasihat PIBG yang baru. Mesyuarat ditangguhkan jam 11 malam.
 |
YDP PIBG, Tuan Haji Mohd Mahzan mempengerusikan mesyuarat |
 |
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG meneliti minit mesyuarat yang lalu |
 |
Barisan penolong kanan turut hadir sebagai tulang belakang PIBG |
 |
Ucapan sulung oleh Puan Nora binti Yusof setelah dilantik sebagai
GPK Kokurikulum yang baru di hadapan AJK PIBG |
No comments:
Post a Comment