Tarikh: 16 Jun 2014
Masa: 7.45-8.15 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan
Guru bertugas:
1. Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
2. Puan Y. Nuryati binti Abu Bakar
3. Puan Diana binti Yusof
4. Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
Laporan:
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
- Bacaan doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan bin Hasniruddin
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Nurzafirah binti Fairuz Zamer
- Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran
2. Laporan guru bertugas pada minggu lepas: Encik Muazam bin Mohd Yunus
- Kehadiran hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun kurang memuaskan
- Murid-murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan menjelang UPSR
- Mengucapkan selamat maju jaya dan semoga murid-murid lebih proaktif pada minggu ini
3. Ucapan guru bertugas minggu ini: Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
- Tema: Berjimat-cermat
- Maksud berjimat-cermat: bersederhana dalam setiap perkara
- Murid-murid boleh mempraktikkan amalan jimat-cermat seperti dalam berbelanja wang saku, dalam menguruskan masa dan dalam menggunakan tenaga elektrik serta air.
- Antara faedah daripada aktiviti berjimat-cermat ialah mendisiplinkan pelajar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
4. Ucapan Guru Disiplin: Encik Daud bin Aris
- Menegur tentang murid yang tidak lengkap dalam pemakaian uniform sekolah - tiada lencana, tiada nametag, tiada tali leher, tidak memakai stokin
- Rambut beberapa orang murid ditegur kerana tidak mengikut peraturan
- Tindakan telah diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan
5. Pengumuman pemenang Pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Sepang: Puan Roshida bt. Nayan
- SK Pulau Meranti telah menyertai 3 pertandingan iaitu menyediakan sandwich, kraftangan dan hafazan.
- Mashitah bt. Sedik dan Maisarah Adilah binti Mazlan telah menjuarai pertandingan menyediakan sandwich dan akan mewakili daerah Sepang pada 21 Jun 2014 di Shah Alam.
6. Ucapan GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin bin Atan
- Encik Azmin menegur tentang pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti.
- Guru-guru hendaklah menyemak kerja tersebut dan membuat laporan susulan.
- Murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan UPSR.
7. Perhimpunan bersurai pada jam 8.10 dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.
![]() |
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Encik Muazam |
![]() |
Ucapan oleh GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin |
No comments:
Post a Comment