Pada Jumaat 20/06/14 lepas, satu majlis perpisahan untuk En. Muazam dan Pn. Azizah telah diadakan di SK Pulau Meranti. Selepas program bacaan Yaasin, En. Muazam & Pn Azizah telah menyampaikan ucapan masing-masing yang secara keseluruhannya berkisar tentang pengalaman mereka di SKPM & harapan mereka kepada semua murid SKPM supaya berusaha dengan lebih rajin untuk mencapai cita-cita. Mereka juga memohon maaf kepada semua warga SKPM andai ada salah & silap dari segi tutur kata dan perbuatan.
Cikgu Muazam berpindah ke SK (1) Selayang mulai 1 Jun 2014 manakala Pn. Azizah pula ke SK Taman Putra Perdana sebagai Penolong Kanan Kokurikulum mulai 1 Mei 2014. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang telah dberikan terhadap sekolah ini. Semoga kalian berdua akan lebih sukses di masa depan.


Majlis bersurai pada jam 1.00 tengahari.
Laporan disediakan oleh Ibrahim bin Zainuddin.
No comments:
Post a Comment