Tarikh  : 06 Mac 2017
Masa    : 3.40 petang - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu
Guru Bertugas :
    1. Pn. Nurhafizah binti Udin
             2.
Pn. Norazmah binti Che Omar 
3. Pn. Nasibah binti Sairi
        4. En. Riza Felaqiz bin
Shauri
Aktiviti :
- Pengerusi Majlis : Pn.
     Nurhafizah binti Udin
 - Nyanyian  tiga buah
     lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
 - Bacaan Doa oleh Arief Luqman
     bin Ahmad Rithauddeen.
 - Bacaan Rukun Negara oleh Pn.
     Nasibah binti Sairi
 - Bacaan Ikrar Murid oleh :
     Nur Alisha Irdina
 - Ikrar Keselamatan Jalan Raya
     oleh : Nur Zuhaira binti Mohd Zahran.
 - Pelancaran Bulan Panitia
     Bahasa Inggeris.
 
Laporan
Guru Bertugas Minggu Lepas :
- Laporan disampaikan oleh
     Puan Rose Halina binti Jedin.
 - Mengingatkan murid agar
     dapat menggunakan tandas dengan berhemah. Tidak membazir air, menjaga
     kebersihan tandas dan menjaga harta benda tandas dengan baik. Ini
     berikutan terdapat kepala paip air yang tercabut ditandas murid perempuan.
 
Ucapan
Guru Bertugas:
- Disampaikan oleh Puan
     Nurhafizah binti Udin. 
 - Tema: Mengisi Masa Lapang.
 - Murid diingatkan supaya
     dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku dan merekodkan dalam buku
     NILAM.
 - Memandangkan minggu hadapan
     adalahh minggu Ujian Formati 1 mata pelajaran Teras, murid diingatkan juga
     mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran. 
 
Pelancaran
Bulan Panitia Bahasa Inggeris
- Majlis dimulakan dengan
     ucapan aluan Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn. Nurhafizah binti
     Udin. 
 - Majlis Perasmian disempurnakan
     oleh Pn. Nasibah selaku setiausaha Pen. Kanan Petang.
 - Persembahan nyanyian oleh
     murid tahun 3 Gemilang.
 - Pn. Nurhafizah menerangkan
     mengenai perjalanan aktiviti pada Bulan Panitia Bahasa Inggeris.
 
Hal-Hal
Lain:
- Ucapan dari Pn. Norazmah
     mengingatkan mengenai Ujian Formatif 1 pada minggu hadapan.
 - Ucapan Pn. Nasibah berkenaan
     disiplin murid dikantin, tanggungjawab murid RMT dan larangan meminjam dan
     meminta duit kawan.
 
Perhimpunan
ditangguhkan dengan bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dibacakan oleh Nur
Zuhaira binti Mohd Zahran.
Laporan
disediakan oleh :
Pn.
Nasibah binti Sairi.








No comments:
Post a Comment