LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE 10 (2017)
- Tarikh : 6 Mac 2017
 - Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
 - Tempat : Dataran Perhimpunan
 
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- Pn. Ainul Fathiah bt Mohd Fauzi
 - Pn. Che Mariah bt Ngah
 - Pn. Salinda bt Kadri
 - Pn. Maziana bt Mustaffar
 
Aktiviti 
- Pengerus Majlis : Pn. Salinda bt Kadri
 - Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah
 - Dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
 - Bacaan Doa : Adham Aiman bin Yusnizan (6G)
 - Ikrar Rukun Negara : Pn. Salinda bt Kadri
 - Ikrar Murid : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
 - Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Anis sufiyah (6G)
 
![]()  | 
| Bacaan Ikrar Rukun Negara: Pn. Salinda | 
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh Pn.Nirawaty bt Mohd Nor.
 - Murid-murid Tahap 1 tidak dibenarkan bermain, berkeliaran dan membuat bising di hadapan kelas Tahun 6 semasa waktu rehat kerana tindakan tersebut akan mengganggu PdPc murid-murid Tahun 6 di kelas.
 
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh Pn. Salinda bt Kadri.
 - Tema pada minggu ini ialah "Rajin Berusaha".
 - Kelahiran pelajar cemerlang berhasil daripada sikap seseorang pelajar yang rajin berusaha. Untuk mencapai sesuatu yang diidam-idamkan, murid-murid mesti rajin berusaha.
 - Setiap pelajar yang rajin berusaha akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan sumber-sumber yang berkaitan dengan pembelajaran bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
 - Contoh: Murid-murid boleh mendapatkan ilmu melalui internet, guru-guru yang berpengalaman, mencari maklumat di perpustakaan dan sebagainya.
 
Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu:
- Majlis dimulakan dengan pertandingan sajak peringkat akhir murid Tahun 6. Pertandingan telah diadili oleh Pn. Marlina dan Pn. Nirawaty.
 - Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang.
 - Deklamasi Sajak Daripada Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad
(Guru Besar SKPM). 








No comments:
Post a Comment