Sunday, April 22, 2018

Gotong-royong Prasekolah

Hari: Sabtu
Tarikh: 21 April 2018
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Kelas Prasekolah A, B, C dan D

Aktiviti tahunan prasekolah iaitu "Gotong-royong Prasekolah" bagi tahun 2018 telah berlangsung dengan meriah sekali. Kehadiran ibu dan bapa yang ramai berbanding tahun sebelumnya.

Aktiviti bermula dengan ucapan alu-aluan, sarapan pagi dan aktiviti 3K dengan ibu bapa. Kelas prasekolah masing-masing berwajah baru dan lebih ceria.

Prasekolah Gemilang:









Prasekolah Cemerlang:








Prasekolah Wawasan:









Prasekolah Bestari:








Jutaan terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada ibu bapa murid-murid Prasekolah SK Pulau Meranti yang telah menjayakan aktiviti Gotong-royong bagi tahun 2018.

Pohon selasih di dalam kolam,
Anak haruan berenang-renang,
Terima kasih kami ucapkan, 
Budi tuan puan menjadi kenangan.

Buah selasih buah kelubi,
di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.


No comments: