Monday, April 23, 2018

Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat 1/2018

Tarikh: 19 April 2018
Hari: Khamis
Waktu: 7.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Masjid Meranti, Puchong.

Program bacaan yasin dan solat hajat perdana pertama bagi sesi 2018 telah diadakan bagi murid-murid SK Pulau Meranti. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab serta PIBG SK Pulau Meranti dengan kerjasama Masjid Meranti, Puchong ini bertujuan membudayakan masjid serta menggalakkan anak-anak agar meletakkan pergantungan dan pengharapan kepada Allah S.W.T dalam apa pun yang dilakukan. Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi menyuntik semangat untuk kejayaan murid-murid calon UPSR khasnya dan juga murid-murid SKPM secara umum.

Selain itu, program ini juga dapat menjalin silaturrahim antara ibubapa murid dan pihak sekolah. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibubapa dan penjaga murid-murid SK Pulau Meranti dan juga penduduk Kampung Pulau Meranti.

Program bermula sekitar jam 7 petang dengan pendaftaran murid, ibubapa dan para guru. Seterusnya solat maghrib berjemaah dan juga bacaan yaasin yang diketuai oleh Imam Masjid Meranti, Al-Fadhil Ustaz Zurilazman. Usai bacaan yaasin, diadakan solat hajat dan solat isyak berjemaah. Hidangan makan malam juga disediakan bagi semua hadirin yang hadir. Program berjalan dengan lancar dan selesai kira-kira jam 10 malam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PIBG SK Pulau Meranti, pihak pengurusan Masjid Meranti, Puchong dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usahasama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan membuahkan hasil yang baik serta menjadi saham di akhirat nanti. InsyaaAllah.

Pendaftaran murid lelaki



Bacaan yaasin







No comments: