Monday, August 6, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 29 SESI PAGI

Hari: Isnin
Tarikh: 6 Ogos 2018
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas:
En. Ridzuan Amir bin Mohamad
En. M. Nasrul Afiq bin M. Desa
Pn. Diana binti Mohd Yusoff
Pn. Nurhafizah binti Udin
Pn. Salinda binti Kadri

Perhimpunan rasmi dipimpin oleh En. M. Nasrul Afiq


Nyanyian Lagu Kebangsaan, lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah dikendalikan oleh adik Aiza Raihana dan adik Ainun Nisa


Doa dibacakan oleh adik Naqib



Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. M. Nasrul Afiq


Ikrar murid dipimpin oleh adik Qhalish


Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Ibrahim
- murid-murid dinasihatkan jangan membuat bising diwaktu guru tiada dan dikawasan sekolah.
- jaga tutur kata yang sopan dan jangan suka mengata perkataan yang kurang sopan kepada orang lain.


Ucapan guru bertugas minggu in oleh En. M. Nasrul Afiq. Tema: Patriotisme
- murid-murid dinasihatkan sentiasa cintakan negara kita Malaysia.
- hormat bendera negara, jika ternampak bendera jatuh ke lantai, sila ambil dan kibarkan.


Penyampaian sijil & cenderahati kepada ahli pengakap sekolah yang telah mengikuti Kem Kolobori Pengakap Peringkat Kebangsaan di Terengganu baru-baru ini diketuai oleh En. Syukur & Pn. Yusnur Aida serta ahli pengakap sekolah iaitu Adriana, Nellysa, Adham dan Ablen.





Ucapan Guru Besar:
Murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR mulai hari ini hingga Khamis. Jawab dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Murid diminta jaga kebersihan diri kerana penyakit HFMD melanda sekarang ini.
Masa makan, makan dengan sopan jangan sampai tercekik.
Jumpa sampah kutip dan buang ke dalam tong sampah.


Selepas tu, murid-murid beratur masuk ke kelas masing-masing.

No comments: