Tuesday, August 14, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-30 (SESI PAGI)

tarikh   : 13 Ogos 2018
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Gopi a/l Rangaya
  2. En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  3. Pn. Suriatie bt Che Lah
  4. Pn. Roshida bt Nayan
  5. Pn. Noni bt Said

Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Adeena Safiyah bt Hilmi (5G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (4G)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Ikrar Murid : Khairul Wafiy bin Izran Maswan (4G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Suriatie bt Che Lah


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:

  • Laporan disampaikan oleh Pn. Nurhafizah bt Udin
  • Masih ramai murid yang datang lewat selepas jam 7.30 pagi walaupun telah ditegur berulang kali.
  • Murid perlu segera bergerak ke dataran berbumbung selepas loceng rehat dibunyikan. Didapati masih terdapat murid yang berkeliaran di kantin, membeli makanan di kantin dan di kedai buku.
  • Terdapat segelintir murid yang sengaja tidak memasukkan sampah ke dalam tong sampah.
  • Diharap semua teguran di atas dapat diperbaiki oleh semua murid.


Ucapan Guru Bertugas:

  • Ucapan disampaikan oleh Pn. Suriatie bt Che Lah.
  • Tema pada minggu ini ialah "Rasional".
  • RASIONAL bermaksud melalukan sesuatu perkara mengikut akal fikiran yang waras.
  • Antara contoh tindakan yang rasional ialah:
  • Seorang penjahat diadili kerana kejahatannya.
  • Seorang diberi hadiah kerana sudah menolong orang lain.
  • Murid perlu belajar jika ingin pandai dan berjaya.


Pelancaran Bulan Kebangsaan

  • Dikendalikan oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki.
  • Beliau menjelaskan objektif dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kebangsaan.
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan telah dirasmikan oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad.
  • Gimik Pelancaran: Murid 5 Gemilang berarak masuk dengan membawa semua bendera negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan.
  • Persembahanan Murid: Bacaan Sajak oleh Murid Prasekolah B, Nuriz Damia Imani bt Izran Maswan dan Pencetitaan Kronologi Kemerdekaan Malaysia disampaikan oleh Nur Imanina Syahirah, Muhammad Damirel dan Nadia Natalinda.






Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

  • Beliau mengucapkan tahniah di atas pelancaran bulan kemerdekaan. Diharap murid dapat memahami erti kemerdekaan yang sebenar sebagai seorang murid. 
  • Jiwa murid perlu merdeka, belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu kerana dengan ilmu kita dapat mempertahankan negara dari anasir jahat.


Disiplin Murid: Baik dan Terkawal 



No comments: