Monday, February 14, 2022

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR PRASEKOLAH SK PULAU MERANTI SESI 2021/2022

Hari: Khamis
Tarikh: 10/2/2022
Masa: 8.00 - 11.45 pagi
Tempat: Pusat Sumber SK Pulau Meranti


RASIONAL:

Memberikan penghargaan kepada murid prasekolah di samping meraikan mereka kerana berjaya menempuhi alam pra persekolahan.

MATLAMAT:

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Prasekolah ini dapat menjadi pemangkin untuk mencapai lebih kejayaan kepada murid prasekolah dan  sebagai satu pengalaman pendidikan prasekolah yang menggembirakan dan bermakna.  Seterusnya, mengekalkan minat untuk belajar dalam diri  murid prasekolah SK Pulau Meranti hingga ke akhir hayat.

OBJEKTIF:


a) Memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada murid prasekolah .


b) Memberikan pendedahan kepada murid prasekolah pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka sewaktu bergelar murid prasekolah.


c) Memupuk dan membina semangat cintakan sekolah.


d) Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.


e) Menambahkan keyakinan diri untuk menangani cabaran dan perubahan pada masa hadapan.


SASARAN:

Semua murid Prasekolah SK Pulau Meranti (100 orang)


🌷LENSA KAMERA SEPANJANG MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR PRASEKOLAH BERLANGSUNG🌷

Pengacara Majlis Pn Siti Aniqah Binti Saineh

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jufri

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Pn Siti Habsah Binti Ahmad


PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KEPADA MURID-MURID PRASEKOLAH

🌹Anugerah Khas yang disampaikan terdiri daripada Tokoh Kaizen (kehadiran terbaik), Tokoh Sinar Nurani (sahsiah) dan Tokoh Bitara (akademik).


PRASEKOLAH GEMILANG

PRASEKOLAH CEMERLANG

PRASEKOLAH WAWASAN

PRASEKOLAH BESTARI


PENYAMPAIAN HADIAH PEMILIHAN TOKOH NILAM PRASEKOLAH

🌹Setiap kelas menghantar wakil dua atau seorang sebagai calon pemilihan Tokoh Nilam Prasekolah. Pemilihan telah diketuai oleh Pn. Nirawaty Binti Mohd Nor.

PRASEKOLAH GEMILANG

PRASEKOLAH CEMERLANG

PRASEKOLAH WAWASAN

PRASEKOLAH BESTARI


🎓LENSA KAMERA PENYAMPAIAN HADIAH MURID-MURID PRASEKOLAH🎓

PRASEKOLAH GEMILANG


PRASEKOLAH CEMERLANG


PRASEKOLAH WAWASAN


 PRASEKOLAH BESTARI






No comments: