Wednesday, February 9, 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AJK TERTINGGI UNIT KOKURIKULUM SESI 2021/2022

Majlis ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Pulau Meranti. Majlis ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan. Tujuan utama penganjuran Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua murid yang telah dipilih memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, Majlis ini khususnya dirancang untuk memberi penghargaan dan motivasi kepada murid agar sentiasa meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dan menambah pengetahuan pengurusan sesuatu organisasi pada masa hadapan.


RASIONAL

Matlamat majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar yang dilantik sebagai AJK Tertinggi unit kokurikulum atas komitmen dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


OBJEKTIF

  1. Memberi penghargaan kepada semua murid yang telah menjalankan tugas.
  2. Memberi motivasi dan keyakinan kepada murid sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
  3. Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid dalam menghadapi tugas yang diamanahkan.

 

SASARAN

168 orang murid yang terdiri daripada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan. (Murid Tahap 2)

 

ANJURAN

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti


LENSA KAMERA


















No comments: