Friday, June 24, 2022

MAJLIS PENUTUPAN BULAN BAHASA (PANITIA BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS & BAHASA ARAB) 2022

Pada 22 Jun 2022 (Rabu), Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Peenutupan Bulan bahasa bertempat di Dataran Ilmu SK Pulau Meranti. Sepanjang bulan bahasa ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan matlamat utama adalah untuk menarik minat murid-murid SK Pulau Meranti dalam kemahiran bahasa dari segi aspek membaca dan menulis.


Penutupan majlis dikendalikan oleh Puan Norhalida binti Ishak selaku Pengerusi Majlis sempena bulan bahasa. Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah Binti Ahmad selaku Guru Besar SK Pulau Meranti. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan murid-murid Tahun 5 dan 6 yang begitu puitis serta penuh nuansa berbudaya yang halus dalam tema berpantun. Persembahan murid ini telah dipimpin oleh Puan Norazmah binti Che Omar, Puan Norhalida binti Ishak dan Puan Rabiatul Adawidyah binti Ideris,

Pelancaran majlis bagi sesi petang juga telah diadakan pada hari Jumaat dan majlis disempurnakan oleh Encik Muhammad Fairuz bin Abdul Aziz selaku Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti. Persembahan sesi petang pula dipimpin oleh Puan Haniza binti Keria@Zakaria.

Pihak panitia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama guru, ibu bapa dan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan lancar dan ucapan syabas kepada semua ahli jawatankuasa panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab atas majlis penutupan ini.


LENSA KAMERA
Perasmian Penutupan Bulan Bahasa

Pengerusi Majlis: Pn. Norhalida binti Ishak

Gimik Perasmian

Persembahan murid tahun 6

Persembahan murid Tahun 5

Ucapan Puan Siti Habsah binti Ahmad (Guru Besar)

Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Gabungan guru-guru Panita Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Ahli-ahli Panitia Bahasa Melayu 

Ahli-ahli Panitia Bahasa Inggeris

Ahli-ahli Panitia Bahasa Arab

Penyampaian hadiah kepada pemenang (Panitia Bahasa Inggeris)

Penyampaian hadiah kepada pemenang (Panitia Bahasa Inggeris)

Penyampaian hadiah kepada pemenang (Panitia Bahasa Inggeris)

Penyampaian hadiah kepada pemenang (Panitia Bahasa Melayu)
Penyampaian hadiah kepada pemenang (Panitia Bahasa Melayu)


Majlis Penutupan Bulan Bahasa Sesi Petang

Persembahan murid sesi petang.

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Sesi Petang
 
Penyampaian hadiah murid sesi petang (BM)

Penyampaian hadiah murid sesi petang (BI)
Penyampaian hadiah murid sesi petang (BA)

No comments: