Sabtu 18 Jun 2022, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti bermula jam 8.00 pagi.
Ibubapa/ penjaga, guru dan AJK PIBG mula mendaftar seawal jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, manakala bacaan doa dipimpin oleh Tuan Asri Bin Tuan Deraman.
Majlis diteruskan dengan Ucapan Penasihat PIBG, Puan Siti Habsah Binti Ahmad Guru Besar SK Pulau Meranti. Seterusnya Ucapan YDP PIBG 2021/2022 Encik Azwan Hazle bin Aminuddin dan seterusnya Ucapan Perasmian Majlis oleh YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil
Mesyuarat Agung PIBG dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.
![]() |
Ketibaan YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil. |
![]() |
YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 |
![]() |
Majlis Perasmian Taman Meranti Digital & Pembelajaran Digital |
![]() |
YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil merasmikan Taman Meranti Digital |
![]() |
Penyampaian hadiah Cabutan Bertuah |
![]() |
Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 |
Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2022/2023 atas lantikan tersebut.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Tahniah pada semua atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke -47.
No comments:
Post a Comment