Monday, September 19, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE 25 2022/2023

 TARIKH      : 19 SEPTEMBER -  23 SEPTEMBER 2022

MINGGU     : KE-25

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERTUGAS:

  1. PN. NORSALIZA BINTI ABDUL GHANI (KETUA)
  2. EN. KAMARULIZAM BIN NGAH 
  3. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA
  4. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH
  5. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  6. CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH





TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dalam kelas.
  3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  4. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  5. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.10 petang (Isnin dan Jumaat) dan 5.50 petang (Selasa, Rabu dan Khamis).
AKTIVITI
  • Pengacara Majlis : Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fatah
  • Bacaan Doa : Muhammad Umar Fateh (2 Beta)
  • Ikrar Rukun Negara : Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fatah
  • Ikrar Murid : Nur Athirah Syahirah binti Muhamad Amin (2 Beta)
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Pn. Norsaliza.
  • Tema pada minggu ini ialah "Hormat Menghormati".
  • Pn. Norsaliza memberikan definisi hormat kepada murid.
  • Berjumpa dengan guru atau pelawat memberikan tanda hormat dengan memberi salam.
  • Beliau memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke 24.
  • Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada barisan guru yang bertugas.

UCAPAN UNIT DISIPLIN
  • Disampaikan oleh Pn. Shurainee Hanim.
  • Pn. Shurainee Hanim menerangkan tatacara dan adab semasa perhimpunan atau majlis rasmi dijalankan.
  • Murid perlu meminta kebenaran guru untuk keluar atau ke tandas kecuali guru yang sedang berucap.
  • Murid harus menghormati majlis serta guru dengan duduk selesa dan tidak membuat bising.
  • Murid juga perlu menjaga keselamatan harta benda sendiri seperti wang, alat tulis dan sebagainya bagi mengelakkan kes kecurian.

LENSA KAMERA
Murid hadir ke sekolah disambut oleh guru bertugas mingguan.

Perhimpunan Rasmi

Bacaan Ikrar diketuai oleh Cik Amiratul Arifah.

Bacaan Doa.

Ucapan Ketua Guru Bertugas minggu ini.

Ucapan Unit Disiplin

Waktu rehat murid di kantin.

Latihan Sukaneka Murid Tahun 1 dan 2.

Latihan Sukaneka Murid Tahun 1 dan 2.

Latihan Sukaneka Murid Tahun 1 dan 2.

No comments: