Tuesday, September 27, 2022

PELANCARAN BULAN STEM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Pada hari ini, 27 September 2022 (Selasa) telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan STEM 2022 di Dataran Perhimpunan.

Program ini adalah gabungan panitia Sains, Matematik dan RBT yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2022.

STEM ialah singkatan bagi Sains, Technology, Engineering and Mathematics. Dalam Bahasa melayunya ialah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Antara objektif BULAN STEM ialah:

  • Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.
  • Mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi.
  • Meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
  • Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan PPPM.
  • Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan STEM sebagai elemen penting dalam kehidupan masyarakat.
  • Menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan dan teknologi.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang BULAN STEM iaitu:

Sains
  • Model Bentuk Muka Bumi
  • Kapal Terbang Kertas
  • Haiwan Imaginasi
  • Model Solar
  • Water Sliding
  • Roket Tepung Penaik
  • Roket Air
  • Kereta Belon
  • Sains Comot
  • AisKrim
  • Slaim
  • Kuiz Istilah Sains

Matematik
  • Number Mania
  • Maths Puzzle
  • Explorace Math
  • Buku Skrap Sifir
  • Kuiz Matematik
  • Sudoku Challenge
  • Rubic Cube Challenge
  • Botol Sifir

RBT
  • Jambatan Straw
  • Lumba Kereta Kuasa Getah

Majlis pada hari ini telah dirasmikan Pn. Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Pentadbiran. 

Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik  dan warga sekolah yang terlibat.








No comments: