Tuesday, November 22, 2022

MAJLIS PERASMIAN MINGGU PPDa DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PPDa PERINGKAT SK PULAU MERANTI 2022

Sambutan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.


OBJEKTIF:

  • Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah.
  • Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran pendidikan pencegahan dadah.
  • Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.




Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu PPDa peringkat sekolah.

Pengerusi majlis memulakan acara.

Para pentadbir bergambar bersama pengawas PPDa sekolah.


Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas PPDa oleh Pn. Siti Habsah, Guru Besar.


Upacara perasmian oleh para pentadbir SK Pulau Meranti.


Syabas dan tahniah kepada semua pengawas PPDa yang dilantik. Semoga dengan pelantikan ini, murid dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan berdedkasi serta komited dalam  apa jua tugasan yang dijalankan. Unit PPDa juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pentadbir, guru-guru serta murid-murid dalam menjayakan acara ini. Mari kita memriahkan minggu PPDa ini dengan menjalani aktiviti-aktiviti yang telah dirancang...





No comments: