Saturday, November 12, 2022

Program Gotong-Royong Perdana Peringkat SK Pulau Meranti 2022

 Program Gotong-Royong Perdana

Peringkat SK Pulau Meranti 2022


Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya,  pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SK Pulau Meranti telah berjaya menjalankan Program Gotong-Royong Perdana 2022 sebagaimana yang telah dirancang.

 

Berikut merupakan maklumat ringkas mengenai program ini : 

Hari

Sabtu

Tarikh

12 November 2022

Masa

7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari

Tentatif

7.30 pagi

Pendaftaran

7.45 pagi

Taklimat gotong-royong

8.00 pagi

Sarapan

8.30 pagi

Gotong-Royong bermula

12.00 tengahari

Bersurai

Tema

‘Sekolah Ceria dan Selamat Platform Generasi Cemerlang’

Penglibatan

Warga sekolah, ibu bapa dan murid tahun 6 sahaja.

Kumpulan

Kumpulan 1-9


Ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bagi mengelolakan program ini ialah : 



    Gambar 1: Senarai jawatankuasa yang telah disusun.


    Pelbagai langkah signifikan dapat dilihat, telah dilakukan bagi memeriahkan program ini. Antaranya, usaha hebahan oleh ahli jawatan kuasa yang ditugaskan menerusi penghasilan poster dan arahan hebahan berkala melalui aplikasi whatsApp kelas-kelas. 


Gambar 2: Poster hebahan program.

Selain itu, tidak dapat disangkal bahawa penyediaan makanan secara ‘potluck’ juga merupakan satu idea yang bernas dan telah menjadi daya tarikan kepada semua bagi menghadiri program ini di samping menyumbang keringat masing-masing. 



Gambar 3: Kemeriahan makanan 'potluck'.



Sekilas Dari Lensa Kamera Sepanjang Program Berlangsung…

Menyingkap perjalanan semasa program, kaunter pendaftaran telah dibuka seawal jam 7.30 pagi oleh Cik Norizan dan Puan Maziana bagi merekodkan kehadiran semua di dataran berbumbung.


Gambar 4 dan Gambar 5: Suasana di meja pendaftaran.

 

Sementara, Puan Haniza, selaku pengacara majlis telah mengalu-alukan kehadiran mereka yang hadir di dataran perhimpunan sekaligus menjemput YDP PIBG, Encik Azwan Hazle bin Aminuddin untuk memberikan ucapan diikuti oleh Ustaz Tuan Asri bagi memberikan taklimat berkenaan Gotong-Royong. 

Gambar 6: Murid tahun 6, guru-guru, staff dan ibu bapa yang hadir berkumpul di dataran perhimpunan bagi mendengar Taklimat Gotong-Royong Perdana.



    Gambar 7: Pengacara, Puan Haniza memulakan majlis.


Gambar 8: Ucapan YDP PIBG, Encik Azwan Hazle.


Gambar 9: Taklimat ringkas gotong-royong oleh Ustaz 
YM Tuan Asri.


 
Gambar 10: Ibu bapa dan guru tekun mendengar taklimat.


Sebaik selesai taklimat ringkas tersebut diberikan, semua telah dijemput bergerak ke kantin bagi menjamu sarapan. 

Gambar 11: Pergerakan ke kantin untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.


 
Gambar 12: Suasana semasa bersarapan di kantin.


Kira-kira pada jam 8.30 pagi, aktiviti gotong-royong telah bermula. Semua yang hadir telah dipecahkan kepada 9 kumpulan bagi melunaskan aktiviti gotong-royong di 9 stesen, seperti berikut :

Kumpulan

Tempat/Aktiviti

1

Kawasan Tangga ke Pejabat.

2

Kawasan Taman Sebelah Bilik Pemulihan Khas.

3

Hadapan Bilik Sains dan sekitarnya.

4

Surau.

5

Bilik Guru 1 dan 2.

6

Taman Akuarium dan menanam bunga.

7

Menanggalkan tape di kawasan sekitar sekolah.

8

Baik pulih saluran aliran air longkang.

9

Baik pulih longkang di laluan masuk sekolah.


 Gambar 13: Proses memasang 'tape' di tangga laluan pejabat bagi memudahkan proses lakaran cat dilakukan oleh 
Puan CC Mas, suami dan murid tahun 6.


 
Gambar 14: Proses mengecat dinding bersebelahan tangga pejabat oleh kumpulan 1. 


 
Gambar 15: Dinding yang siap dicat dan sebahagian tangga yang siap didekorasi.


Gambar 16: Sudut PIBG yang sedang dihiaskan. 


       Gambar 17: Sudut PIBG yang selesai dihias.


Gambar 18: Sekitar Bilik Pemulihan Khas. 


   
 Gambar 19: Sekitar Bilik Isolasi.


   
Gambar 20: Bilik Sains dan sekitarnya. 


 
Gambar 21: Memasang 'wallpaper' di surau. 


 
Gambar 22: Aktiviti gotong-royong 
di bilik guru 1 dan bilik guru 2. 


 
Gambar 23: Menanam bunga.
 

 
Gambar 24: Baik pulih saluran aliran air longkang. 


 
Gambar 25: Mengecat longkang. 


Gambar 26: Membaik pulih longkang di laluan masuk sekolah.


 
Gambar 27: Kantin dan sekitar. 


 
Gambar 28: Mengemas kantin. 


Gambar 29 : Gambar menyeluruh sepanjang gotong-royong.


 Aktiviti gotong-royong ini tamat kira-kira jam 12.30 tengahari. 

Tuntasnya, besar harapan kami agar dengan program gotong-royong yang telah dijalankan, sedikit sebanyak dapat memberi nafas baru kepada keceriaan kawasan sekolah sekaligus persekitaran yang bersih dan selesa kepada anak-anak SK Pulau Meranti. Segala sumbangan keringat, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat didahulukan dengan sekalung untaian terima kasih.


No comments: