“1 MURID, 1 BOTOL AIR”
Hari: Rabu
Tarikh: 4 September 2024
Sesi pagi: 7.20 pagi di Dataran Perhimpunan
Sesi petang: 12.50 tengah hari di Dataran Berbumbung
PENGENALAN
Program ini merupakan salah satu program di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang dikelolakan oleh Unit Kesihatan dan Rawatan bagi menyebar informasi terkini mengenai kelebihan minum air kosong. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan berkaitan kepentingan minum air kosong dalam kalangan murid. Kesedaran murid-murid amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan air kosong.
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Membiasakan pengambilan air kosong dalam kalangan murid.
FAKTA MINUM AIR KOSONG
Orang dewasa perlu ambil 6-8 gelas air setiap hari.
Kanak-kanak 2-6 tahun perlu 4-6 gelas air setiap hari
Air kosong TIADA KALORI (0 KCAL).
Pengambilan aiir yang cukup membantu mengekalkan metabolisme badan yang baik.
Sumber : Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
MINUM AIR SECUKUPNYA SETIAP HARI
Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak dahaga.
Minum air kosong 2 gelas lebih dari biasa apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
SUNNAH KETIKA MINUM
Minum dengan tangan kanan
Minum dengan posisi duduk.
Mengucap “basmallah” sebelum minum.
Tidak meniup dan bernafas pada bekas minuman.
Setelah minum ucapkan alhamdulillah.
Lebihkan pengambilan AIR KOSONG terutamanya ketika musim PANAS bagi mengelakkan DEHIDRASI.
Minum 6-8 gelas sehari.
JOM MINUM AIR KOSONG!
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Hjh Norlita Binti Ramli (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi
En. Muhamad Samsolri Bin Ismail (GPK HEM)
Naib Pengerusi I
Pn. Parimala A/P Vengadaslam (GPK Petang)
Naib Pengerusi II
Pn. Rosmah Binti Jamat (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi III
Pn. Raihan Binti Md Faissal (GPK Kokurikulum)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
NAMA AJK
1.Poster, bunting, hebahan
Diana Binti Mohd Yusoff
2.Pengacara majlis sesi petang, laporan dokumentasi
Norizan Binti Mohd Ayub
3.Jurugambar, kawalan murid
Che Mariah Binti Ngah
4.Pengacara majlis sesi pagi
R.Gopi a/l Rangaya
5.Jurugambar, kawalan murid
Nordin Bin Mat Hussin
6.Posting blog
Rosidah Binti Awang Lah
7.Jurugambar, posting FB
Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
8.Jurugambar, kawalan murid
Nurshazwani Binti Hamzah
Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih buat Guru Besar, barisan pentadbiran sekolah, guru-guru, AKP, ibu bapa serta murid-murid yang menyokong dan menggerakkan kempen ini secara langsung atau tidak langsung.
Semoga warga SK Pulau Meranti sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t selalu.
TERIMA KASIH SEMUA.
Lensa Kamera ( Sesi pagi )
Lensa Kamera ( Sesi Petang )
No comments:
Post a Comment