Monday, September 2, 2024

PELANCARAN PROJEK KmR - MERANTI BENTO



TARIKH : 26 OGOS 2024

MASA:  7.30 PAGI (SESI PAGI) & 1.00 PETANG (SESI PETANG)

TEMPAT: DATARAN BERBUMBUNG

Objektif program ini dilaksanakan adalah:

  • Meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat melalui pendidikan kepada murid berkaitan makanan yang seimbang dan bernutrisi serta mengajar murid untuk mengenali jenis-jenis makanan untuk kesihatan dan makanan yang perlu dielakkan.
  • Menggalakkan tabiat pemakanan sihat melalui pemupukan amalan pemakanan yang betul dari usia muda mendorong murid untuk memilih makanan yang sihat dalam kehidupan seharian.
  • Meningkatkan prestasi akademik dan fizikal kerana murid dapat meningkatkan tumpuan dan stamina serta kecergasan fizikal murid melalui diet yang seimbang.
  • Meningkatkan persekitaran sekolah yang sihat melalui penyediaan makanan sihat di kantin sekolah dan polisi pemakanan sihat di sekolah, termasuk mengawal penjualan makanan ringan yang tidak sihat.
  • Melibatkan ibu bapa dan komuniti melalui sokongan daripada ibu bapa dan penjaga dalam usaha menyediakan makanan sihat dari rumah dan program pemakanan sihat melalui ceramah, bengkel dan aktiviti bersama oleh komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pegawai PPD; Encik Lukman bin Abdullah, YDP PIBG SK Pulau Meranti; Encik Azwan Hazle bin Aminuddin, Encik Haslan bin Ahmad, barisan pentadbir SK Pulau Meranti, guru- guru dan staf sokongan dalam menjayakan Pelancaran Projek KmR - Meranti Bento. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan murid - murid dalam membentuk gaya hidup yang lebih sihat.


Pinggan Sihat Malaysia
 #sukusukuseparuh

Gegantung pelancaran program

Perasmian program sesi pagi oleh YDP PIBG

Gimik pelancaran _ Abang Grab Food

Ole - ole makanan sihat



Cenderahati program kepada wakil Encik Haslan bin Ahmad

Cenderahati kepada YDP PIBG

Ucapan perasmian oleh Encik Lukman bin Abdullah semasa sesi petang




Pelancaran sesi petang oleh Encik Lukman bin Abdullah

Serahan Cenderahati kepada Pegawai PPD TS25

Khidmat Abang GRAB sesi petang

No comments: