- Tarikh : 10 November 2025
- Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
- Tempat : Dataran Berbumbung
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- Ridzuan Amir bin Muhamad (Ketua)
- Nurhafizah binti Udin
- Norazmah binti Che Omar
- Khairun Nisa' binti Che Noh
Aktiviti
- Pengerusi Majlis : Mirza Iskandar bin Abu Yazid (6 Zamrud)
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah
- Bacaan Doa : Ariff Hazimi bin Ahmad Rithaddin (5 Gamma)
- Ikrar Rukun Negara : Mirza Iskandar bin Abu Yazid (6 Zamrud)
- Ikrar Murid : Muhammad Nur Hakim bin Nor Zahirizan (4 Serindit)
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Ucapan disampaikan oleh Pn. Suriatie bt Che Lah.
- Murid-murid diminta sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di sekolah.
- Murid diminta jangan berlari untuk mengelakkan diri terjatuh dan cedera.
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh Ridzuan Amir bin Muhamad.
- Tema: Semangat Perpaduan Kaum
- Perpaduan ialah tunjang kekuatan bangsa.
- Murid-murid dingatkan sentiasa mengamalkan perpaduan antara kaum dengan rakan-rakan di sekolah kerana jika tiada perpaduan maka mereka akan bergaduh.
- Oleh itu, murid diminta berkawan dengan semua kaum.
- Murid tidak boleh mengejek budaya kaum lain.
- Mengamalkan slogan BERSATU TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.
Penyampaian Sijil Penyertaan dan Pencapaian Kangaroo Math
- Sijil disampaikan oleh Guru Besar
- Sijil peringkat antara bangsa
Penyampaian Pemenang Pertandingan Meranti Got Talent
- Hadiah disampaikan oleh Guru Besar
- Pertandingan peringkat sekolah
Penyampaian Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Hadiah disampaikan oleh Guru Besar
- Pada 4 - 6 Nov 2025 wakil tunggal dari SK Pulau Meranti telah berjaya menamatkan dan lulus Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat kebangsaan yang telah diadakan di INTI Kolej, Nilai, N9.
- Bagi memasuki peringkat ini, murid perlu melengkapkan dan lulus 22 lencana kecekapan yg perlu diselesaikan sejak tahun 4 lagi.
- Murid ini juga telah melepasi Cabaran Pandu Puteri Tunas peringkat daerah pada tahun 2024 di Bagan Lalang dan cabaran Pandu Puteri Tunas peringkat negeri pada Julai 2025 di Kem Baitun Nur, Hulu Langat. Murid ini telah berjaya mengharungi kesemua cabaran dan melayakkan diri untuk meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan.
Persembahan Choral Speaking
- Persembahan oleh murid 5 Gamma
- Tajuk Choral Speaking - Mother Nature
- Jurulatih - Teacher Dolina
Ucapan Pentadbir
- Ucapan disampaikan oleh En. Norazli bin Mohd Zahidin, PK Kokurikulum.
- Murid-murid diminta beradab ketika dalam majlis rasmi seperti waktu perhimpunan.
- Murid-murid diminta elak gejala buli.
- Murid dilarang membuli kerana banyak kes buli telah berlaku di sekolah.









No comments:
Post a Comment