Wednesday, November 12, 2025

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Tahun 2025

Tanggal 12 November 2025 menjadi detik penuh warna-warni buat seluruh warga SK Pulau Meranti apabila semua murid diraikan dalam Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2025 yang berlangsung penuh meriah. Bertemakan "Cerita Kanak-kanak Melayu Klasik", sambutan kali ini membawa nostalgia kisah dongeng lama ke dunia nyata.

Suasana sekolah bagi sesi pagi dan sesi petang dipenuhi dengan keceriaan dan tawa riang para murid yang hadir dengan pelbagai gaya pakaian bertema. Murid-murid  tampil comel dan kreatif dengan kostum watak legenda seperti ada yang menyerupai Puteri Dayang Senandung, Puteri Gunung ledang, Pak Pandir, Hang Tuah, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan tidak kurang juga tampil kreatif dengan sentuhan moden klasik yang menghiburkan. 

Anak kecil riang tertawa,
Dunia klasik hidup semula,
Hati gembira untuk semua, 
Murid bahagia, guru pun ceria. 

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Persona Teladan dan Tokoh Kanak-kanak 2025 yang diraikan dengan penuh bangga. Persembahan nyanyian, tarian dan sajak menyerikan lagi majlis dari awal hingga akhir. 

Senarai Nama Penerima Anugerah Persona Teladan:

1) Pra Bestari : Aufa 'Aafiyah binti Shahrul Azlizan
2) Pra Cemerlang: Ummu Nadzera Alesya binti Abdullah
3) Pra Gemilang: Nur Hanis Qalesya binti Ruzula
4) Pra Wawasan: Muhammad Afeef Umar bin Mohammad Azli
5) 1 Al Biruni: Muhammad Harraz Waizuddin bin Mohd Faizal
6) 1 Al Farabi: Lut Haiqal bin Mohammad Ammirul Asswat
7) 1 Ibnu Batutta: Muhammad Fayyadh Aqief bin Mohd Farhan
8) 1 Ibnu Sina: Nurin Najwa binti Abdullah
9) 2 Cengal: Nur Awfiyah Humaira' binti Muhammad Khairul 'Azmi
10) 2 Jati: Nur Faihanah Wardah binti Mohammad Firdaus
11) 2 Merbau: Muhammad Al-Furqan bin Syahrizan
12) 2 Nyatoh: Mawaddah Nur Faiezah binti Bambang Budi Santoso
13) 3 Bestari: Hud Hayder bin Mohammad Ammirul Asswat
14) 3 Cekal: Nazurah Azzalea binti Nasrul
15) 3 Dinamik: Ashley Leah Anak Ronnie Micson
16) 3 Efisien: Muhammad Syamil Fitri bin Mohd Faizal
17) 4 Helang: Siti Norliyana binti Mohd Hasrul
18) 4 Merak: Nur Amni Dayana binti Hasniruddin
19) 4 Nuri: Raaisyah Nur Zalihsya binti Muhammad Romzulkamal
20) 4 Serindit: Nur Awatif binti Alfian
21) 5 Alpha: Khairul Zawir Al-Zuhair bin Khairul Amir
22) 5 Beta: Abdullah Luthfi bin Ahmad Firdaus
23) 5 Delta: Nur Arissa Amanda binti Muhamad Shah
24) 5 Gamma: Alya Marwa binti Khairulazham 
25) 6 Delima: Aysha Hawa binti Khairul Suffian
26) 6 Topaz: Nur Afia Mardhiyah binti Muhamad Surhadi
27) 6 Zamrud: Nur Fatihah Darwisya binti Rosharmizam

Tokoh Kanak-kanak Tahap 1:
Putri Awra Sofea binti Mohd Hafiz, 2 Cengal

Tokoh Kanak-kanak Tahap 2:
Nur Haninah binti Badron, 6 Zamrud

Program yang berlangsung bagi kedua-dua sesi (sesi pagi dan sesi petang) berjaya menggabungkan hiburan, nilai budaya dan kasih sayang. Wajah-wajah kecil yang tersenyum menjadi bukti bahawa hari ini benar-banar milik mereka. 

Berikut merupakan pautan Buku Program Sambutan Hari Kanak-kanak 2025. 

Sila klik di sini untuk membaca versi penuh

Lensa Kamera: Momen Indah Sambutan Hari Kanak-kanak Tahun 2025

Perarakan masuk Teramu kehormat (Sesi Pagi)

Perarakan masuk Tetamu kehormat (Sesi Petang)

Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Ucapan wakil murid - Ketua Pengawas

Ucapan Perasmian dan Gimik Perasmian

Tokoh Kanak-kanak Tahun 2025

Anugerah Persona Teladan Sesi Pagi

Anugerah Persona Teladan Sesi Pagi

Anugerah Persona Teladan Sesi Petang

Anugerah Persona Teladan Sesi Petang

Persembahan Silat

Persembahan Silap Mata

Persembahan Band

Persembahan Tarian



No comments: