Tuesday, August 4, 2026

Program Pemindahan Ilmu 'Design Thinking' Untuk Pemimpin Kecil Tahap 2 Peringkat Sekolah Tahun 2026

 


Program Jalinan antara SK Pulau Meranti dan Multimedia University (MMU), Cyberjaya telah berjaya melaksanakan Program Pemindahan Ilmu Design Thinking untuk Pemimpin Kecil Tahap 2 Peringkat Sekolah pada hari ini.

Program yang berlangsung di Dewan SK Pulau Meranti ini melibatkan semua murid Tahun 6 sebagai peserta. Program ini bertujuan memperkenalkan konsep Design Thinking sebagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam membantu murid mengenal pasti masalah, menjana idea serta menghasilkan penyelesaian secara sistematik dan kolaboratif.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Norzarina binti Md Yatim selaku penceramah dengan sokongan barisan fasilitator yang juga pensyarah dan wakil MMU, iaitu Dr Abby Ashraff bin Saprudin, Dr Noor Shahaliza binti Othman, Dr Abdul Aziz bin Ahmad, Puan Nor Hazleza binti  Mohamad, Puan Nursyamimi binti Houd, Encik Zulkefly bin Yusup, Puan Azniyati Akmar binti Ab Khalid dan Cik Nur Illyana binti Mohd Izhar.

Program ini diharapkan dapat memperkasa kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, kolaboratif dan inovatif dalam kalangan murid, seterusnya membentuk pemimpin kecil yang berkeyakinan, berdaya saing dan mampu menghasilkan penyelesaian yang bernilai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Multimedia University (MMU), Cyberjaya atas jalinan kerjasama serta perkongsian ilmu yang sangat bermakna kepada warga SK Pulau Meranti.

Buku Program Pemindahan Ilmu Design Thinking, boleh diakses melalui pautan berikut:  https://anyflip.com/rukoe/mmoq/

Sekilas momen bermakna sepanjang program yang mencerminkan semangat pembelajaran, kreativiti dan kolaborasi murid:

Sesi pendaftaran

Pengacara Majlis: Puan Norhalida binti Ishak

Bacaan Doa oleh Ustaz Afiq Azri bin Muhamad Khuairi

Ucapan Guru Besar: Encik Khairil Anuar bin Othman

Penceramah: Ms Norzarina binti Md Yatim

Terima kasih MMU

Aktiviti dalam kumpulan

Terdapat 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai purata 12 orang ahli

Berani bertindak dan membuat keputusan

Bekerjasama

Bersungguh-sungguh

Kreatif

Hasil usaha gigih setiap kumpulan

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah
Tahniah


Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Tahniah

Penyampaian Sijil Jalinan antara SK Pulau Meranti dan Multimedia University

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir SKPM, barisan pensyarah MMU dan GBK

Bergambar kenangan bersama semua peserta




No comments: