Monday, August 3, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 (SESI PAGI)

 

    • Tarikh   : 3 Ogos 2026
    • Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
    • Tempat  : Meranti Square



Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. En. Ridzuan Amir bin Mohamad (Ketua)
  2. En. Afiq Azri bin Muhamad Khuari
  3. Pn. Norazmah binti Che Omar
  4. Pn. Khairun Nisa' bin Che Noh
  5. Cik Tasnim Awang Kechik @ Khaled

GPK Bertugas: Pn Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid







Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL (5 IOS)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Bacaan Doa : ARIFF NADZMI BIN AZRIN(6 ALPHA)
  • Ikrar Rukun Negara :  SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL (5 iOS)
  • Ikrar Murid : QALEESYA NUR IMAN BINTI KHALID (5 WINDOWS)




UCAPAN GURU BERTUGAS
  • Disampaikan oleh En. Ridzuan Amir bin Mohamad
  • Tema : Negaraku Tercinta
  • Negara yang kita cintai bukan hanya ditunjukkan dengan menyanyikan lagu Negaraku atau mengibarkan Jalur Gemilang. Rasa cinta kepada negara bermula dengan perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari.
  • Sebagai murid, kita boleh menunjukkan semangat cintakan negara dengan:
  • Menghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakan tanpa mengira kaum atau agama.
  • Menjaga kebersihan sekolah kerana sekolah yang bersih mencerminkan rakyat yang bertanggungjawab.
  • Belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti kita dapat menyumbang kepada kemajuan Malaysia.
  • Mematuhi peraturan sekolah kerana rakyat yang baik sentiasa menghormati undang-undang.

PENGUMUMAN

1. Sudut Cakna Baca
  • Disampaikan oleh Puan Norazmah binti Che Omar.
  • Beliau memaklumkan Pertandingan Sudut Cakna Baca di setiap kelas bermula minggu ini.
  • Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan murid membaca pada masa lapang @ tiada guru di kelas.
  • Guru kelas dan guru pembantu dialu-alukan mengambil buku-buku lama di PSS dan diletakkan di sudut bacaan kelas masing-masing.
  • Juri yang dilantik akan menilai Sudut Cakna Baca mengikut kriteria yang ditetapkan.
  • Ada 3 hadiah disediakan iaitu untuk Prasekolah, tahap 1 dan tahap 2.






2.PENYAMPAIAN HADIAH
  • Pertandingan Doodle Art anjuran Unit PPDa.
  • Pemenang dipilih mengikut aliran iaitu Tahun 1- Tahun 6.
  • Hadiah disampaikan oleh En Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar dengan diiringi oleh Pn. Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.



3. Pelancaran Bulan Gaya Hidup Sihat
  • Anjuran: Panitia PJPK dengan kerjasama Unit Segak & BMI 5-9T
  • Dikenali sebagai Meranti Virtual Run(Program Intervensi Ujian SEGAK & BMI 5-9T)
  • Matlamat progam ialah mematikan murid kekal sihat dan cergas serta peka akan kepentingan kekal dalam julat BMI yang ideal.
  • Objektif program agar murid dapat mengamalkan budaya hidup sihat, mencapai dan mengekalkan berat badan serta BMI ideal dan mengisi masa lapang dengan aktiviti bersukan.
  • Dirasmikan oleh En. Khairil Anuar bin Othman (Guru Besar SK Pulau Meranti).




Candid Photo












No comments: