Monday, August 24, 2026

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah Peratus Kehadiran Terbaik Bulan Julai Dan Pertandingan Sudut SAFE (School Anti-Bullying Framework For Empowerment) Tahun 2026

Tarikh: 24 Ogos 2026

Hari: Isnin

Masa: 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.00 tengah hari (sesi petang)

Tempat: Dataran perhimpunan (sesi pagi) dan Anjung Meranti (sesi petang)

Satu sesi Penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah Peratus Kehadiran Terbaik Bulan Julai serta Pertandingan Sudut SAFE Terbaik telah diadakan di SK Pulau Meranti sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha, komitmen serta pencapaian warga sekolah.

Peratus Kehadiran Terbaik Bulan Julai:

Kategori Prasekolah: Prasekolah Amanah (85.74%)

Kategori Tahap 1: 3 Newton (89.72%)

Ketagori Tahap 2: 4 Bestari (91.53%)

Pertandingan Sudut SAFE Terbaik:

Kategori Prasekolah: Kelas Wawasan

Kategori Tahun 1: Zenith

Kategori Tahun 2: Ibnu Battuta

Kategori Tahun 3: Einstein

Kategori Tahun 4: Dinamik

Kategori Tahun 5: Windows

Kategori Tahun 6: Gamma

Penyampaian sijil dan hadiah sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, bersama Encik Norazli bin Mohd Zahidin, Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala penyampaian sijil dan hadiah sesi petang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaidir bin Zainal Abidin, Penolong Kanan Petang.

Program ini bukan sahaja memberikan penghargaan kepada para pemenang, malah menjadi pemangkin kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengamalkan budaya hadir ke sekolah, berdisiplin, saling menghormati serta bersama-sama membanteras buli.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima penghargaan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan sejahtera.

Burung merpati terbang berkawan,

Hinggap sebentar di atas para;

Tahniah diucap kepada pemenang,

Teruskan usaha menggapai juara. 


Peratus Kehadiran Terbaik Bulan Julai: 4 Bestari









Pengacara Majlis: Puan Juli binti Mahbah

Tahniah Prasekolah Wawasan

Tahniah Kelas 1 Zenith

Tahniah 2 Ibnu Battuta

Tahniah 3 Einstein

Tahniah 4 Dinamik

Tahniah 5 Windows

Tahniah 6 Gamma


No comments: