Tuesday, February 3, 2015

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia 2015


MATLAMAT
Meningkatkan Kemahiran berbahasa dari segi aspek membaca dan menulis.

OBJEKTIF
Menanamkan rasa keyakinan dalam diri murid-murid dan mengcungkil bakat di peringkat sekolah.

SASARAN
Semua murid tahap 1 dan tahap 2, Pemulihan/LINUS dan Prasekolah.

PERLAKSANAAN
Aktiviti dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran  di dalam kelas oleh guru-guru Bahasa Melayu.

TEMPOH PELAKSANAAN
Sepanjang Bulan Februari 2015

AKTIVITI/PERTANDINGAN
  1. PRASEKOLAH -  Pertandingan Nyanyian & Gerak Tari
  2. PEMULIHAN - Pertandingan Kolaj Huruf Vokal & Abjad
  3. TAHUN 1 - Pertandingan Ejaan
  4. TAHUN 2 -  Pertandingan Bacaan Lancar
  5. TAHUN 3 - Bercerita Pendek
  6. TAHUN 4 - Pertandingan Silang Kata
  7. TAHUN 5 - Pertandingan SAHIBA
  8. TAHUN 6 - Pertandingan Pidato   

ANJURAN 
Panitia Bahasa Melayu
dengan kerjasama
Pusat Sumber& Program LINUS SKPM

Semoga Bulan Panitia ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dalam diri murid dan semangat  keyakinan diri untuk menyertai aktiviti/pertandingan yang akan diadakan


En.Nordin bin Mat Hussin selaku pengacara majlis perasmian Bulan Panitia Bahasa Malaysia


 Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia dirasmikan oleh Pn. Siti Habsah bt Ahmad 

(Guru Besar SKPM).



Persembahan  Syair, Lakonan dan Sajak Murid Tahun 6








Monday, February 2, 2015

Perhimpunan Rasmi Minggu ke 4 2015

Tarikh: 2/2/2015

Guru bertugas:
1. En. Ibrahim B. Zainuddin
2. Pn. Che Mariah Bt. Ngah
3. Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
4. Pn. Nurhafizah Bt. Udin
5. Pn. Diana Bt. Mohd Yusoff

Laporan:
  •  Pengerusi Majlis    :  En. Ibrahim B. Zainuddin
  •  Bacaan Doa            : Muhammad Kamarul Hisyam B. Abd Rahman
  •  Ikrar Rukun Negara: En. Ibrahim B. Zainuddin
  •  Ikrar Sekolah          : Farah Wahida Bt. Azian
  •  Ikrar Jalanraya        : Ahamad Haikal Aiman
Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Disampaikan oleh :En. Ibrahim B. Zainuddin
  • Mengulas tentang tema "Berjimat Cermat"
  • Murid-murid digalakkan berijimat cermat dan menabung
  • Murid-murid ditekankan supaya menutup lampu dan kipas sebelum keluar kelas untuk menjimatkan eletrik
  • Semua murid perlu berjimat semasa menggunakan air di tandas 
  • Pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas akan diadakan sepanjang minggu ini
Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia
  • Pelancaran dipengerusikan oleh En. Nordin
  • En. Nordin menyatakan pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan
  • Pn. Guru Besar memberikan ucapan selaku perasmi majlis pelancaran. Beliau menyatakan Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk kepada kertas peperiksaan sahaja. 
  • Beliau juga menasihatkan agar murid-murid banyak minum air masak memandangkan ramai yang batuk.
  • Pn. Guru Besar juga mengingatkan murid-murid agar tidak bergayut atau melompat di kawasan pagar sekolah serta berhati-hati semasa melintas jalan pada waktu balik sekolah.
  • Persembahan Syair oleh Norhaliza
  • Persembahan lakonan oleh Muhammad Muqri Nabil dan Abdul Hakimie
  • Persembahan sajak oleh Alyssa Siti Salyna

Bacaan doa oleh Kamarul Hisyam.

Bacaan ikrar

En. Ibrahim memberikan ucapan

En. Nordin memulakan majlis Pelancaran Bulan Panitia

Pn. Guru Besar merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia

Persembahan lakonan

Persembahan sajak

Saturday, January 31, 2015

Latihan takraw SKPM

Pada 900-1100 pagi tadi, latihan takraw telah diadakan di gelanggang takraw SKPM di bawah seliaan Cikgu Nordin & Cikgu Ibrahim. Latihan ini adalah antara usaha-usaha menjelang pertandingan sepak takraw yang akan diadakan pada 05/02/15 di SK Cyberjaya.


Friday, January 30, 2015

Program Transisi Tahun Satu


             Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah atau pendidikan di pra sekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu. Bermula 12 Januari 2015 hingga 6 Februari 2015, SK Pulau Meranti  di bawah Jawatankuasa Transisi telah mengadakan Program Transisi Tahun Satu bagi sesi 2015. Program ini berlangsung selama 4 minggu. 
             Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu pertama  ialah pengurusan kelas, mengenali sekolah, mengenal Huruf A-Z, matematik Abacus, mengenali nombor, pengenalan anggota badan dan aktiviti berkumpulan. Pada minggu kedua murid diberi pendedahan mengenai ucapan bertatasusila, nyanyian gerakan, mengenal alat muzik, mengenal bentuk 2D dan 3D, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selangor, pengenalan asas Bahasa Arab, mengenal suku kata, membaca doa-doa harian. Manakala minggu ketiga murid diberi penerangan tentang language art, melukis dan mewarnakan gambar keluarga, mengenal bau wangi dan busuk, mengenal nombor dalam bahasa Arab, pengenalan Pusat Sumber dan Program NILAM. Pada minggu keempat pula, antara aktiviti yang dijalankan seperti melukis rumah idaman, memperkenalkan objek di dalam kelas, penerangan makan seimbang dan berkhasiat, mengenal huruf hijaiyah, pengenalan haiwan berkaki empat, anyaman tikar, cara menjaga kebersihan diri dan penjagaan buku teks, buku tulis dan buku aktiviti.
           Diharap program yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada murid tahun satu sebelum menempuh alam persekolahan formal yang lebih mencabar. Sekian.

Murid tekun mewarnakan gambar.

Murid sedang menyiapkan lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.

Murid khusyuk menjawab soalan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ketika program
transisi.


Dilaporkan oleh : 
Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

PESTA BUKU SELANGOR 2015

Pesta Buku Selangor 2015 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan diadakan seperti ketetapan berikut;

                            Tarikh   : 29 Januari - 8 Februari 2015
                                            10.00 pagi - 9 malam
                             Tempat : SACC Shah Alam

Semua dijemput hadir. Pelbagai hadiah cabutan bertuah boleh dimenangi setiap hari.

Jangan lepaskan peluang.......




Thursday, January 29, 2015

BSN KEMBALI LAGI....

BSN KEMBALI LAGI....JOM MENABUNG.....

Tarikh: 28/1/2015
Hari: Rabu
Masa: 8.00-8.30 pagi
Tempat: Dewan SK. Pulau Meranti
Anjuran: Bank Simpanan Nasional..


SK. Pulau Meranti telah dihadiri oleh 4 orang wakil Bank Simpanan Nasional i. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk membuka kaunter BSN dengan memberi peluang kepada semua murid membuka akaun baru atau menambah duit simpanan mereka ke dalam akaun. Ibarat kata pepatah Melayu...sikit--sikit..lama-lama jadi bukit..samalah juga menabung...menabunglah dari awal kerana pada masa akan datang jumlah tabungan akan berganda... En Kamaruddin sebagai juruacara BSN menerangkan tentang cara menabung dan kepentingan menyimpan wang sejak dari kecil. Suasana dewan bertambah meriah dengan kehadiran maskot ALLY dan ELLY. Pelbagai ragam aksi murid-murid bersama dengan mereka. Selain itu pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya gerakan badan bersama ALLY dan ELLY, soalan kuiz dan pemberian cenderahati kepada pemenang. Kelihatan juga ibubapa/penjaga yang turut hadir untuk membuka akaun dan menambah simpanan anak mereka.


En. Kamaruddin memberi taklimat

Murid turut serta bersama ALLY dan ELLY

Tumpuan sepenuhnya kepada ALLY dan ELLY

Antara aksi ALLY dan ELLY

Monday, January 26, 2015

LAPORAN MINGGU KE 3 (2015)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3 (2015)

Tarikh : 26/1/2015
Hari : Isnin

Guru Bertugas 

1. En. Nordin bin Mat Husin
2. Pn. Rose Halina binti Jedin
3. Pn. Nasibah binti Sairi
4. Pn. Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
5. Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

Laporan :


  •  Pengerusi Majlis    :  En. Nordin bin Mat Husin
  •  Bacaan Doa            : Muhammad Nabil bin Johan
  •  Ikrar Rukun Negara: En. Nordin bin Mat Husin
  •  Ikrar Sekolah          : Farah Wahida binti Azian
  •  Ikrar Jalanraya        : Alyssa Sophia binti Roslan
Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Disampaikan oleh :En. Nordin bin Mat Husin
  • Mengulas tentang tema "Hormati Guru"
  • Semua murid diminta mengucapkan salam ketika berjumpa dengan guru
  • Murid-murid digalakkan membantu guru sekiranya guru memerlukan bantuan
  • Semua murid hendaklah sentiasa beradab sopan dengan guru
Ucapan GPK HEM

Disampaikan oleh :Pn. Noraizah binti Dun
  • Semua murid perlu menggunakan laluan berbumbung yang disediakan ketika datang ke sekolah dan pulang dari sekolah. Dilarang menggunakan laluan masuk kenderaan guru.
  • Masih terdapat sebilangan murid yang tidak menjahit lencana sekolah pada pakaian seragam sekolah. Peringatan mesra telah diingatkan kepada murid-murid tersebut untuk membeli lencana sekolah di kedai buku.
  • Murid-murid diingatkan untuk mencatat no telefon ibu dan ayah mahupun penjaga di dalam buku komunikasi untuk mudah dihubungi oleh pihak sekolah.
  • Murid-murid dinasihatkan menyampaikan pesanan kepada rakan agar dapat memaklumkan kepada pemandu van sekolah sekiranya lewat untuk menaiki van. Situasi ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham ketinggalan van dan dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini. 

Taklimat Ringkas Pegawai Polis dari IPD Sepang

Disampaikan oleh : Sarjan Raja Jamalullail bin Raja Sulaiman

Antara initipati taklimat beliau :
  1. Semua murid tidak perlu berasa takut dengan anggota polis yang ada dimana-mana.
  2. Pegawai polis akan bekerjasama dengan guru dan murid-murid jika terdapat permasalahan yang timbul di sekolah.
  3. Semua murid dinasihatkan agar lebih berhati-hati sewaktu pulang dari sekolah kerana jenayah kes penculikan semakin berleluasa pada ketika ini. Pelbagai taktik telah digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak terutamanya ketika menunggu ibubapa/ penjaga.
  4. Murid-murid dinasihatkan agar tidak menerima sebarang pemberian dari seseorang samada berbentuk makanan,minuman,permainan mahupun wang ringgit. Situasi ini dikhuatiri taktik yang digunakan penjenayah untuk melakukan penculikan.
  5. Semua murid diingatkan agar tidak menaiki kenderaan individu yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.
  6. Semua murid dinasihatkan menulis no telefon ibubapa/penjaga di dalam buku yang sering dibawa ke sekolah.
  7. Perbuatan buli disekolah perlu dielakkan kerana buli merupakan salah satu perbuatan samseng di sekolah iaitu membuli murid yang lemah. Tindakan dan hukuman akan dikenakan oleh pihak sekolah sekiranya berlaku.
  8. Peti cadangan polis dan sudut buletin polis akan diwujudkan di sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebarang aduan yang berlaku samada di sekolah dan di rumah yang berkaitan dengan unsur jenayah hendaklah diletakkan maklumat tersebut ke dalam peti tersebut.
Perhimpunan rasmi berakhir dengan nyanyian lagu "Malaysia Berjaya".

En. Nordin selaku guru bertugas menyampaikan ucapan


Pengawas yang ditugaskan bacaan ikrar

Pegawai Polis IPD Sepang memberi taklimat keselamatan
Murid mendengar dengan teliti setiap pesanan taklimat polis


Laporan disediakan oleh,

AINUL FATHIAH MUHD FAUZI
26/1/2015