Monday, January 26, 2015

LAPORAN MINGGU KE 3 (2015)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3 (2015)

Tarikh : 26/1/2015
Hari : Isnin

Guru Bertugas 

1. En. Nordin bin Mat Husin
2. Pn. Rose Halina binti Jedin
3. Pn. Nasibah binti Sairi
4. Pn. Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
5. Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

Laporan :


  •  Pengerusi Majlis    :  En. Nordin bin Mat Husin
  •  Bacaan Doa            : Muhammad Nabil bin Johan
  •  Ikrar Rukun Negara: En. Nordin bin Mat Husin
  •  Ikrar Sekolah          : Farah Wahida binti Azian
  •  Ikrar Jalanraya        : Alyssa Sophia binti Roslan
Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Disampaikan oleh :En. Nordin bin Mat Husin
  • Mengulas tentang tema "Hormati Guru"
  • Semua murid diminta mengucapkan salam ketika berjumpa dengan guru
  • Murid-murid digalakkan membantu guru sekiranya guru memerlukan bantuan
  • Semua murid hendaklah sentiasa beradab sopan dengan guru
Ucapan GPK HEM

Disampaikan oleh :Pn. Noraizah binti Dun
  • Semua murid perlu menggunakan laluan berbumbung yang disediakan ketika datang ke sekolah dan pulang dari sekolah. Dilarang menggunakan laluan masuk kenderaan guru.
  • Masih terdapat sebilangan murid yang tidak menjahit lencana sekolah pada pakaian seragam sekolah. Peringatan mesra telah diingatkan kepada murid-murid tersebut untuk membeli lencana sekolah di kedai buku.
  • Murid-murid diingatkan untuk mencatat no telefon ibu dan ayah mahupun penjaga di dalam buku komunikasi untuk mudah dihubungi oleh pihak sekolah.
  • Murid-murid dinasihatkan menyampaikan pesanan kepada rakan agar dapat memaklumkan kepada pemandu van sekolah sekiranya lewat untuk menaiki van. Situasi ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham ketinggalan van dan dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini. 

Taklimat Ringkas Pegawai Polis dari IPD Sepang

Disampaikan oleh : Sarjan Raja Jamalullail bin Raja Sulaiman

Antara initipati taklimat beliau :
  1. Semua murid tidak perlu berasa takut dengan anggota polis yang ada dimana-mana.
  2. Pegawai polis akan bekerjasama dengan guru dan murid-murid jika terdapat permasalahan yang timbul di sekolah.
  3. Semua murid dinasihatkan agar lebih berhati-hati sewaktu pulang dari sekolah kerana jenayah kes penculikan semakin berleluasa pada ketika ini. Pelbagai taktik telah digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak terutamanya ketika menunggu ibubapa/ penjaga.
  4. Murid-murid dinasihatkan agar tidak menerima sebarang pemberian dari seseorang samada berbentuk makanan,minuman,permainan mahupun wang ringgit. Situasi ini dikhuatiri taktik yang digunakan penjenayah untuk melakukan penculikan.
  5. Semua murid diingatkan agar tidak menaiki kenderaan individu yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.
  6. Semua murid dinasihatkan menulis no telefon ibubapa/penjaga di dalam buku yang sering dibawa ke sekolah.
  7. Perbuatan buli disekolah perlu dielakkan kerana buli merupakan salah satu perbuatan samseng di sekolah iaitu membuli murid yang lemah. Tindakan dan hukuman akan dikenakan oleh pihak sekolah sekiranya berlaku.
  8. Peti cadangan polis dan sudut buletin polis akan diwujudkan di sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebarang aduan yang berlaku samada di sekolah dan di rumah yang berkaitan dengan unsur jenayah hendaklah diletakkan maklumat tersebut ke dalam peti tersebut.
Perhimpunan rasmi berakhir dengan nyanyian lagu "Malaysia Berjaya".

En. Nordin selaku guru bertugas menyampaikan ucapan


Pengawas yang ditugaskan bacaan ikrar

Pegawai Polis IPD Sepang memberi taklimat keselamatan
Murid mendengar dengan teliti setiap pesanan taklimat polis


Laporan disediakan oleh,

AINUL FATHIAH MUHD FAUZI
26/1/2015

No comments: