Gemilang UPSR telah berlangsung. Program Selaut Kasih, Segunung Harapan ini diadakan bertujuan untuk membuat penetapan yuran program Gemilang UPSR yang perlu dibayar oleh ibu bapa tahun 6 bagi menampung kos pelaksanaan aktiviti murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2015.
Program ini juga diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Program Gemilang UPSR. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada 52 orang ibu bapa telah hadir ke program ini. Diharap agar pihak sekolah dan ibubapa akan bersama-sama berganding bahu meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi daripada guru, pelajar dan ibu bapa tidak mustahil untuk SKPM mencapai kecemerlangan pada tahun ini.
Pendaftaran ibubapa pada pagi ini.
Guru-guru yang hadir
En. Daud b. Aris sebagai pengacara majlis program ini
En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki memulakan majlis dengan bacaan doa
Guru besar memberikan ucapan
YDP PIBG Datuk Mohd Mahzan B. Tamyiz memberikan ucapan
No comments:
Post a Comment